Friday, December 30, 2011

Penangan Tentang Dhia

Kelako giler dgn status FB hamba allah neh ... DIA TULIS..

Atok azmi = mati terkejut. bestfriend zikir = mati eksiden... ayah dhia = mati kena santau... ayah raffi = mati mengejut .. kwn melly = mati kena bakar...
mak melly = mati kena bunuh... baby dhia & zikir = mati sbb gugur.
pak boon = mati ... pakcik kedai kopi = mati lps tgk melly... mak dhia = mati.
dhia = mati. zikir = mati

lepas ni ada "TentangDhia2" lak, tapi kat slot SERAM. semua yg mati ni buru
KU SALMI. Tunggu... hahaha!! lawokkkkkk lawokkk

sket punya emo ngan ku salmi...good jobs ku salmi mampu bikin org HANGENN!!
haha akibat penangan cerita Tentang Dhia semua status kat FB berkisar tentang cerita ni, ada yang leleh air mata, ada yg terlampau emo siap kutuk2 lagi, padahal pengarah yang suruh, eh sape ek pengarah dia dan penulis skrip tu, patut diorang yang kena marah sebab buat watak Ku Salmi jahat gile....habis satu keluarga Dhia mati, tak pasal-pasal je. Pakcik kedai kopi pun bole pulak mati lepas tgk melly...wahahaha...dalam sedih2 pun ada kelakarnya. Yang kelakar tentang status org kat atas ni, Tentang Dhia 2 akan keluar dalam versi SERAM sebab ramai sgt yg mati di sebabkan Ku Salmi tu, abes la kau Salmi kena kejar hantu je la lepas ni. Apa yang tak puas hati yang jahat tak de pulak balasan, yang baik sume mati. Fikir je la positif ek, mati sebab Allah lebih sayangkan orang yang baik, yang jahat tu susah nk mati sebab Allah bagi peluang untuk bertaubat, tapi Ku Salmi tu macam tak bertaubat je...sbb masa ending dia xbgtau ape jadi pada Ku Salmi..patutnya tulis la "Ku Salmi mati kena petir semasa bercakap perkataan BOMOHHHH BOMOHHH TU SYIRIKKKKKK"....ha kan baru padan muke, xsempat nk bertaubat. Haishh mmg emo ok tgk cerita ni.
 
-SEKIAN-

Wednesday, December 21, 2011

Myiesha

Owhh my sweet baby...sayang sgt kat budak kecik nie...sekarang dia dah pandai jalan..tetibe je dia berani nk berjalan..so kagum kan perkembangan budak2 ni.. tidak di sangka2 dia pandai sesuatu..terkedek2 dia jalan mcm itik pulang petang...kadang2 laju..kadang2 perlahan....dan dah jatuh tersungkur sekali di tepi katil sebab berlari selepas melarikan baju yg di ambil dr dalam bag. Kesian my sayang ni abes berdarah bibir bawah dia..dan sekarang luka bibir dia dah jadi ulser. Tapi makan minum dia macam biasa je cuma dia juihkan bibir dia yang sakit tu. Ye la kita orang dewasa pun kalau kena ulser atau org panggil mata ikan pun sakit kan. ini kan pula budak sekecil Myiesha nie...Pagi ni hantar dia ke rumah BS menangis pulak taknak..selalu dia yg hulur tangan dulu nk pergi ke Mak , hari ni taknak pulak...terpaksa Mak dia tu panggil panggil kucing untuk mengalih pandangan ke arah aku..Kesian pulak, tapi mummy kena kerja, terus je zoommm je g kerja...

Sekarang Myiesha dah 14bulan iaitu 1 tahun 2 bulan, sekarang aku dah jarang update pasal Myiesha every month, klau dulu setiap beralih bulan aku update..hihi bukan bermakna aku da malas ye, cuma nk kurangkan je frekuensi update perkembangan tu. Myiesha masih lagi minum susu ibu, setakat ini alhamdulillah masih cukup untuk keperluan dia, itu pun berkat stok yang dah aku simpan sebelum ini. Kalau harapkan pump hari ini dan guna esok memang xcukup, itulah pentingnya stok yg kita simpan di kala susu tengah meriah. Sekarang aku sedang menggunakan stok bulan 9..dan tak pasti sampai bila boleh bertahan, dan harap lepas ni Myiesha tidak banyak ragam jika aku terpaksa tukar ke susu FM. Harap di permudahkan.

Ok lah jam dah menunjukkan pukul 5.10pm.
Nak balik jumpa Myiesha manja mummy...daaaa~~~

Monday, December 12, 2011

miss all

Tetibe rindu kat sume org atas tu...yg xtermasuk pun rindu juga...sbb nmpk rumah pun rindu....diorang ni lah adik beradik aku...gambar masa awal tahun bulan 2 masa adik aku kawen...xdpt blk sekarang tgk gambar ni nk nampak lantai rumah pun jadilah buat pengubat rindu....eh rindu plk tgk Myiesha masa baby...umur 3bulan masa tue...nenek pun ada dok tgh2 tue...Moga semua sihat hendaknya..Aminn

Friday, December 9, 2011

anak papa

Dua beranak ni sedang menikmati durian, sila abaikan budak kecik tak berbaju tu...konon panas la kan (padahal mak dia takut baju kotor tu yg bukak awal2)...dah terserlah anak papa sebab dua2 minat makan durian. Rasanya 1st introduce durian semasa Myiesha umur 9 bulan kalau tak silap....

 ni la budak yg sama...tapi ni 1st durian masuk mulut dia. sewaktu berumur 9 bulan..hoyehhh

Tuesday, November 29, 2011

Jom naik kereta baru

jom kawan-kawan kire ronda2 taman...meh la duduk belakang, saya terer tau bawak kereta, lesen pun dah dapat dari mummy dan papa...vrooommmmm!!!!...

Lagi satu cara kalau nk bawa kereta dgn penuh cermat...cmni lah...kawan-kawan boleh try okeh...kalau tak pandai saya boleh tunjuk nanti...yeayyy....


sekarang macam macam dia dah boleh buat...tp jalan tak lepas-lepas lagi, takut betul dia nk lepas tangan n melangkah. Satu dua langkah terus duduk sambil gelak2 dan jerit2...geram je tau! gigi dah tumbuh lagi 2 batang kat atas, menjadikan semuanya 6 batang. dah faham bile kite suruh ambil barang, angkat tangan, say nananana (No No No) sambil geleng kepala dan jari telunjuk di goyang2 tanda xboleh. Say Nanak sambil geleng2 kepala dan macam2 lagi la, malas nk ingat balik...Ok la Myiesha mummy xkisah pun dgn pencapaian myiesha janji Myiesha sihat dan berkembang untuk belajar benda baru setiap hari..Paling xtahan buat pura2 nangis...heyyy geram nk gigit je pipi dia tue...

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Salam Maal Hijrah 1433 buat semua dan kususnya kepada suami tercinta. Mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang dilakukan secara langsung atau tidak langsung selama setahun ini saya dalam dunia blogger samaada penulisan saya ada mengguris perasaan sesiapa selama ini, Sesungguhnya saya seorang hamba yg banyak melakukan kesilapan dan akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri dengan bimbingan Nya...InsyaAllah..

twilight breaking dawn -part 1

Hari ini en hubby bawa g tgk movie..cerita Twilight Breaking Dawn, tgk dekat U Mall, sebab dekat kan, tak boleh lama-lama sebab en hubby kerja malam. Tengok show pkul 12.30pm, of course la bawa Myiesha bucuk tu. Sebenarnya dah lama tak bawa myiesha tgk movie, last movie masa dia umur 7 bulan kot klau tak silap dan dah lama rasanya tak tgk movie, sebab takde cerita best, last pun Transformer kot.

cerita kali ni berkisar tentang Edward dan Bella berkahwin, Episod yang sebelum ni kan diorg bercinta dan plan nk kawen, Si Jacob tu pulak still ada hati dgn Bella walau pun diorg dah kawen, Kesian pulak tgk kat Jacob asyik berkorban untuk Si Bella. Ok la meh aku nk cerita, walau pun aku bukan pencerita yang baik tapi aku nk cerita juga. lepas je berkahwin diorang terus pergi Honeymoon kat pulau, tak menyempat tetamu xbalik lagi diorang da bertolak g animun. Part ni banyak babak-babak 18sx, kalau pasangan bercinta tgk bahaya gak la...sila tutup mata masing-masing. Kalau yang dah kawen cm kitorang kire tak bahaya sangat la tgk, nak jadi cerita tetibe si Bella pregnant, logik ke tgh animun bape hari trus peknen.sangat pantas kan...korang pk logik je la ek sebab manusia kawen ngan vampire, kire gabungan gen diorg menjadikan semua nya dalam kedaan pelik, Bella tu terus rasa baby gerak. Yang menjadi masalah dalam part ni ialah diorg risau dengan lagenda2 yang pernah di cerita kan. Anak Vampire+manusia akan melahirkan anak yang akan menjadi pemusnah dunia, kire mcm anak ni akan ada kuasa luar biasa la yg akan menggugat group serigala tu. Semua suruh gugurkan anak tu tp si Bella xnak la kan, ibu mana la sanggup nk gugurkan anak sendiri, hasil dari hubungan dgn org yg di cintai pulak tu. Sepanjang peknen Bella cuma minum darah je, tu je yg boleh masuk. Sampai ke saat kelahiran Bella mati dan anak dia sangaaat la cute....TAPIIII........korang tgk la sendiri ek hihi kang tak suspen pulak , tak sabar aku nk tgk part II...bila agaknya ek...Kire part ni cuma pasal Bella kawen dgn Edward dan dia peknen dgn kehamilan yg misteri...


lepas tgk movie, papa belikan Myiesha kereta baru. Suke betul dia dapat kereta purple dia tu. Nanti duduk rumah baru bole Myiesha main ket luar, rumah skrang ni open sangat depan tu so buat masa sekarang main dalam rumah je la ek...men langgar2 kerusi okey..tapi masih tak pass lagi Myiesha bawa kereta, kena belajar memandu dulu. Thanks papa belikan Myiesha kereta cute tu....

Thursday, November 24, 2011

jalan2 rumah pengantin

Hari tu masa date cantik ramai pasangan melangsungkan majlis perkahwinan....dalam satu hari tu seharian g rumah kenduri kawen. Satu Batu Pahat, dan satu lagi Muar....Selamat Pengantin Baru Semoga Kekal ke Akhir Hayat buat pasangan.....
yang ni kat muar...kak sue dan faizal..dua dua satu office ngan aku...bertemu jodoh di IBD, sweet je tgk diorg nie...hihi


Ni pulak kawan En hubby...kat Batu Pahat...cantik pelamin pengantin ni kan...myiesha happy je dpt tgk pengantin....hehe macam dia faham je kan...

Minggu lepas pun g uma pengantin gak...kat Kota tinggi dan kat Mersing...singgah pantai balik kenduri..eh lupa pulak nama pantai tu...gambar xde pulak belum ambik kat henpon hubby....minggu ni pulak jiran nk buat kenduri kawen, so minggu ni xpayah g jauh2 makan kt depan rumah je...

Sayang

Saya sayang anak saya...saya tak pernah menyesal dgn kehadiran dia. Dia lahir dari perut saya, tak kan lah saya tak suke dia. Saya akan berusaha untuk jadi ibu yg sempurna kerana sy tahu saya banyak kelemahan sbg seorg ibu...Sayang Myiesha..

Friday, November 18, 2011

New rules!!

Sebenarnya sudah lama terfikir untuk buat peraturan ini, bukan untuk siapa pun. Untuk diri sendiri jugak di sebabkan aku ni kan sudah jadi student semula secara part time, tapi buat masa ini aku masih belum lagi menunjukkan ciri-ciri seorang student yang cemerlang, sebabnya hari2 aku masih lagi busy membuat kerja-kerja. Yelah nama pun part time, kerja azali memang kena buat tak boleh tinggal. Cuma aku belum pandai nk manage time aku antara seorang pekerja dan seorang student. tiada terselit pun sikit masa untuk study...Ok semalam baru aku betul-betul tekad untuk membuat nya.

Ok lah kalau aku tiap hari paling koman boleh spend time at least 1 jam untuk main FB, apa salahnya kalau dalam satu hari at least aku habiskan baca 1 journal...at least ok..kalau lebih dari satu sudah kira sangat bagus untuk KPI diri sendiri. Bayangkan dalam masa sebulan berapa journal aku boleh baca kalau tiap hari satu, tu da kire tolak wekend and public holiday ye...sebabnya aku rasa tak boleh nk membaca kalau ada reraksa mummy yang comel tu di rumah, memang habis la. membaca kemana, myiesha pun kemana. So aku kena pandai-pandai la curi masa untuk membaca journal tu...kalau tak mulakan membaca macam mana aku nk proceed untuk buat research tu kan....cayok2 aku kena ingatkan diri sendiri untuk sentiasa membaca dan siapkan research on time, what ever happen pun. Supaya objektif aku tercapai dalam masa yang telah di rancang.Aminn....
Jom kita membaca...Membaca itu amalan mulia...ecehhhh~~cayok! cayok!

Thursday, November 17, 2011

hari ini hari khamis

Hari ni aku bawa Myiesha pegi cucuk 12 bulan...padahal umur myiesha sudah nak masuk 13bulan esok...huhu ape punye mak bawa anak checkup lambat...hihi..bukan saje2 la sebabnye sepanjang bulan ni bizi asik tak sempat je nk bawa anak jumpa doktor....hari ni pun bukan bawa g PK macam biasa, aku bawa g cucuk kat klinik luar Klinik Fatimah....pagi2 lagi aku da tercongok depan klinik tu sebab nk dapat nombor pertama..yeayyy memang berjaya dapat yg pertama, sebab lepas aku register datang sorang pakcik dah tua...hohoo pakcik lambat~~~...

MYiesha berat 10kg lagi...sama je xberubah...situ je menten, tinggi dah 70cm, da tinggi jap g lawan mummy ek..doktor cakap cucuk kali ni kuat sikit effect dia, sbb vaccine kali ni kuat sikit yang akan di masukkan nanti..so balik terus bagi ubat demam, klau dia ok je kire budak ni tahan la ngan vaccine yg masuk tu...ape ek nama injection tu aku pun da lupe..pastu elok je pulak budak sorang ni kena cocok, tak nangis pun..aku je yg cuak takut dia jerit bile jarum masuk kat montot dia, skali dia elok je daaa siap dahhh... sengeh2..pas cucuk tu...haihh...gud betul la anak mami....alang2 da jumpa doktor tu, aku pun tumpang sekaki la, aku kan batuk dari raye haji tak baik-baik...doctor pun godek2 la aku...dengo nafas aku semua, dia ckap ni dah teruk, tak boleh main2...cik abg da perli2.."tu la suh jumpa doctor xmau"...hohoo...si Myiesha pulak dah sibuk gelak gelakkan aku sbb dia ngat aku baring kat katil patient cm dia tadi nk kena cocok gak...heyyy mycha mana ade mummy kena cocok la, suke ek gelakkan mummy....babab kang!!..

Doc kate aku bernafas da xlancar, sbb dia dgr salur nafas aku da sempit, sbb da ada bunyi cm wisel...huhh cm seram dengo, tapi mmg aku susah nk nafas klau da batuk tak benti, kahak tu mcm xmau keluar tersekat kt tekak tu...penah tu aku batuk sakan, pastu cam ada darah sikit, agaknye luka dah kot sebab batuk beria....lepas tu ape lagi kan...doc pun bagi la ubat sebeban...banyak nye...aku batuk je pun...ni klau g kenek lain sure dia cakap batuk biasa bg ubat batuk itam yg rase sarsi tu, tapi tadi dia bg bermacam macam ubat...mcm mana la nk abeskan ikut schedule...ayarkkkkk!! mampus mau makan...
See mummy dapat 5 jenis ubat...mycha cuma dapat cocok dan ubat demam je...mana aci...mycha subjek utama bawa ke klinik hari ni...tp mummy yg kena....uwaaaaaa

Wednesday, November 16, 2011

Monday, November 14, 2011

cerita aidiladha

nak cerita pasal aidiladha hari tu...seronok la sebab aku amek cuti seminggu awal..kebetulan hubby pun cuti tu yg alang2 amek cuti lama sikit..lagipun kitorang dah lama xbalik kg. bole la bahagi kedua2 buah rumah lama sikit...4 hari uma MIL 4 hari rumah sendiri.....kat kg pun bukan dok diam..tiap petang ada je agenda yg di buat...g jalan uma abang kat nilai..jalan2 g morib...g i-city lepak2 ngan adik badik n ipar...time ni je la nk berjimba2 ngan diorg, maklum la kitorang ni je la yg dok paling jauh...adik badik aku sume dok area central..kat nilai, kl, rawang, banting...situ2 je la. aku je nun jauh di selatan..ape nak buat rezeki aku di sini kan...

Eh lahai beremosi plk pagi2 ni..(tgh xde keje sbb jap g nk g KL ada event kat sana) opis pun da kosong ni...ok la sebenanye objektif utama entry hari ni ialah nak share ngan korang...tanda kebesaran Allah..selama ni aku just tgk gambo dari website2 je atau dengar dr orang yang kite xkenal...tp masa raye korabn hari tu...sedara hubby aku sendiri yg melihat tanda tu......nak cakap banyak2 pun xguna...meh aku share gambo tu.....

Subhanallah...kagum aku masa tgk ni...daging korban berkalimah Allah....Allahuakbar.......

Friday, November 11, 2011

EBM October

aisehhh tgk update pasal EBM pun da postpone smp tgh bulan november..cmni xleh la jadi blogger tegar...muahaha...di kala usia Myiesha Erieyna 1 tahun ni la hasil yg mummy dapat kumpul...byk sket dr bulan sebelumnya sbb aku byk outstation bulan lepas, tu yg dapat kumpul byk...siang malam pump...kalau tak siang je pump...
ada satu plastik berikat tu sumbangan puan fashya sebab masa kurus kat Lotus Desaru lupe bawa plastik byk2...so bulan ni november mood mengepum sgt merudum...nape la malas ni ek...tiap hari klau 2.30pm baru aku nk g mengepum...dulu slalu kul 11 ke cmtu mesti aku da g pump....eeeiii malas kan aku...kadang2 aku macam terpikir nk stop pumping je...tp bile pk balik taknak...smp bile ek aku nk pumping ni...skang ni aku tgh guna stok bulan 6 utk myiesha hari2....bekal pun aku bg yg EBM beku je xde yg fresh...yg fresh sume aku simpan bt stok...sbb dia da makan kan...so ok la bg full yg beku siang hari...malam mmg fresh la sbb direct feed kan...cmne la Myiesha klau aku stopkan dia dari menyusu....

Thursday, October 27, 2011

Lotus desaru resort

Esok aku pergi Lotus Desaru...esok sampai la hari ahad, bukan jalan2 okeh...klau jalan2 bahagianya aku bersama myiesha n en suami...jalan2 tepi pantai...swimming...wahhh indah betul...ehh ehh stop berangan ok.
Esok aku ada course 3 hari 2 malam...ikutkan minggu ni nk balik kg bercuti...tp xjadi..pastu nk bawa family xbest plk selepas ada mcm2 isu...so malas plk...kesian nt anak aku n suami aku kat sana tak di layan. Xpe la nanti kite together2 g jalan2 ek...

Kena tinggal lagi Myiesha ngan papa. Thanks b sebab jaga anak kite sbb mummy asik kerja luar...

Tuesday, October 25, 2011

Myiesha celebration

Sabtu lepas kami buat celebration untuk besday Myiesha yg pertama...buat kat rumah jam 3 petang. buat simple2 je...malam hari jumaat tu hubby tolong tiup belon utk decorate rumah...aku? tolong tgk je sebab xlarat nk tiup belon yg memerlukan kuasa double untuk meniup...haha naik senget aku tiup tp tak kembang2 jugak...so serahkan je pada hubby utk kerja tiup meniup...aku just prepare backdrop tu je...

Pagi2 hari sabtu pas subuh aku da siap2 kan bahan untuk masak...ala aku cuma masak bihun putih dan spagetti je....pastu hubby pegi beli je benda2 yg patut di beli di luar sana....dadih purple tu aku da siap2 buat hari jumaat...trus sejukkan...jajan2 tu op kos la beli dakkk...hehe...then puan fashya menyumbangkan kek kukus comel dia...thanks ya....yang lain2 sume tempah...aku cuma risau satu je...takut makanan xcukup...tp alhamdulillah penuh meja n mmg cukup la....

Thanks pada yg sudi hadir majlis Myiesha ek....Myiesha sgt hepi smp kan dia hiper active smp ke malam...padahal mak pak dia da collapse pas majlis tu....hadoi ni baru majlis kecik da penat gile...blum majlis kawen anak ye tak.....

kawan-kawan blogger yg hadir...tq pd kasih, husna dan dani sbb dtg majlis Myiesha ok....


Thursday, October 20, 2011

Myiesha turn 1 year old

Selasa 18/10/2011 myiesha Erieyna dah setahun...sudah besar anak mummy..entry ni besday lambat sebab mummy baru blk outstation sejak hari isnin...kena kerja la sayang. sorry ye mummy xde masa hari ulangtahun kelahiran yg pertama...ulang tahun hari aku melahirkan dia...patutnya kita patut wish kat ibu dia betul tak sebab melahirkan dia ke dunia...hehe...klau macam tu la kan mak aku mesti happy sebab 10 orang anak dia wish thanks kat mak sebab melahirkan kite ke dunia...eh ape aku merepek tp betul la kan..patut kena wish kat mak yg melahirkan kite in dat time..

Mummy ada bersama myiesha je tahun lepas semasa kat LR, tapi tahun ni untuk ulangtahun myiesha berdua dgn papa je, kire fair la kan...hehe tahun lepas papa xde...tahun ni mami pulak xde, cuma yg bezanya tahun lepas mummy bertarung nyawa menahan sakit untuk melahirkan baby Myiesha, tahun ni mungkin paling teruk pun Myiesha menangis kuat kat papa sbb mummy xde...hehe.....

Kejap je masa berlalu, Myiesha da besar, anak mummy bukan baby yg masih kecil lagi, myiesha dah banyak ragam, dah pandai joget2 depan tv bila ada iklan berlagu rancak, da pandai merajuk dgn mummy, dah pandai sebut papak...haha papa marah sbb myiesha sebut papa, bapak (ikut panggilan bapak kt uma bs)...hehe...nk sebut mummy xpandai lagi asik la maaammaaaa....kuat membebel, sorang2 pun bole je dia membebel tanpa henti. Kerja dia panjat memanjat walaupun xpandai berjalan lagi...ikut mummy ke..sbb dulu aku mmg zaman budak2 suke panjat pokok jambu, pokok rambutan rumah jiran pun aku panjat.

Aku juga dah setahun menyusukan Myiesha tanpa campur susu tepung, selagi ada rezeki aku bagi, dah smp umur sekarang pun da cukup bersyukur, skrang da manunjukkan tanda2 berkurang xtau la smp bila bole bg, harap dia senang la nk bertukar ke susu formula nanti.Macam kakak dia Husna, senang je tukar ke susu biasa, xde cerewet memilih susu, senang hati ibu dia. Harap Myiesha pun mcm tu juga nanti.

Di sebabkan xde sambutan untuk Myiesha pada 18 hb tue...maka sabtu ni mummy n papa nk celebrate besday Myiesha, jemput kawan-kawan Myiesha datang rumah. makan-makan, main-main, biar dia happy hari tu. Tapi mummy xkemas umah lagi, esok malam kena kemas kasi tersusun. Kalau tak malu je kat kawan-kawan myiesha rumah tak terjaga. hehe...

For u my sweet little gurl Myiesha Erieyna, mummy alway pray for your health, for your life hope u happy with mummy n papa. We love u and miss u for ever....peluk kuat2 hehe...

Sunday, October 16, 2011

life insuran

ok hari ni aku nk cerita pasal life insuran...tapi aku bukan agent ek..sbb aku xde talent utk ajak org ramai dengar kata kata aku....sebab aku kan pendiam, takat menulis dalam blog reti la sebab xde face to face dengan sesiapa kan. Ok aku dulu awal 2006 aku amek takaful insuran, rm100 sebulan tapi tak bertahan lama...hanya bertahan 4 tahun kot...lepas tu aku dengar benefit benefit berkaitan Prudential BSN..menarik minat aku walau xde sape2 pun offer pasal insuran ini...sebab aku dengar dia combine life n medical card sekali...xya bayar asing asing macam yang lain..so memikirkan masa depan sebab malang tidak berbau kan....sebelum ape2 jadi baik aku ambil yg itu...klau jadi ape apa kat aku xde la menyusahkan orang lain kan...duit untuk health sudah ada dalam tu. walau aku dah claim untuk medical duit saving tu tidak berusik..sampai masa matang dia aku bole keluarkan.tak ke berfaedah tue...aku bayar RM110 every month. selepas register dia akan bagi card medical, polisi pun dapat sekali, yang best aku punye agent ni keep in touch...kalau ada hadiah ke dia akan datang jumpa aku nak bagi..tu yg best dia menjaga client2 dia...tak de lah dia buat tak tahu.

lepas itu untuk Myiesha pun aku register kan insuran yang sama. bulan ni medical card dah bole guna la kalau apa2 jadi...sebab selepas terima medical card tu 3 bulan baru activate. tapi untuk life insuran tu dalam masa 24 jam dah bole claim klau jadi apa2 musibah...untuk medical card sahaja kena tunggu 3 bulan untuk di gunakan (kalau tk silap 3bulan la)..

So memang berbaloi la ambil prudential BSN nie, selain untuk menjamin kita ia juga ada saving..untuk Myiesha aku tanggung sampai umur dia 25 tahun. lepas itu bole keluarkan untuk biaya pendidikan dia...kalau jadi musibah pada aku sblm umur dia 25tahun pihak insuran akan bayarkan smp la umur dia cukup.harap xde lah masalah untuk dia belajar nanti...So kalau nak ambil insuran pun kena la pilih2 sumber dia...kemana duit tu di laburkan dan kena cr agent yg senang kita nk berhubung..semua tu penting jika berlaku apa2...senang nk selesaikan proses claim tu nanti.

camni la card prudential BSN...cute kan....

today is my special day

Hari ni hari lahir aku...motip publish sini bukan nk suh korang celebrate utk aku la hihi...just to remember je Alhamdulillah aku masih lagi berkesempatan untuk hidup di bumi Allah ini dan merasa nikmat menjadi ibu dan mempunyai keluarga sendiri...Syukur Ya Allah dgn kurniaan Mu itu..Moga selepas ini aku berkesempatan untuk melihat anak aku membesar dgn jayanya...dan meniti meningkatnya usia ke hari tua bersama teman sehidup aku...

Tahun lepas aku celebrate sorang2 je...hubby kat JB aku kat Banting...xde sambutan ape2 pun...sbb time tu aku kat kampung menunggu saat kelahiran baby. tp hari itu aku ingat lagi aku keluar dengan adik aku tina suh dia teman g pekan banting sebab tekak nak makan Mekdi chicken Mcdeluxe set ngan kek secret recepi...dalam hati ckp kena makan sekarang nanti baby da keluar kena pantang lama....ishh ayat2 yg biasa di dengar sblm org nk berpantang...hihi...memang membedal makan la..siap minum air gas...minuman yg menjadi pantang selama ni...sedap je aku sedut air gas tu smp abes tanpa rasa bersalah...siap sblm balik singgah beli kek...mcm org tak makan dah lama je...bila semua dah habis rase puas hati sangat...hiiii....konon bole la bersalin ngan hati yg tenang lepas ini...

Walau xde sambutan ngan hubby tue tapi aku seronok sebab bila2 masa baby nk keluar...time tu aku dah xde rasa takut atau gementar nk melalui saat bersalin...memang menungggu2 je...ikut due date 20/10/10 baby nk keluar...tp selang satu hari masuk je 18hb aku da sakit kul 3am...sakit2 biasa je...mak abah bawa ke hospital banting kul 4am lepas tu kul 9.30am aku da bersalinkan Myiesha...tak sempat hubby rempit dr jb nk tgk aku...tp xpe la aku kt dlm LR dah tak pk ape...nk cepat2 keluarkan si kecik je...tp sblm tu aku dok msg dia je ckp sakittttt sakittttt...haha dlm LR pun aku bw enpon sorok bawah bantal....kekekee...klau bosan2 bole ambik gambo kan...

So tahun ni...yeayy aku sambut besday bersama hubby dan Myiesha it's soo perfect...Alhamdulillah...

sewaktu myiesha 5 bulan...

Thursday, October 13, 2011

demam

Minggu ni minggu demam kot...Myiesha demam panas dari malam sabtu smp la semalam...xtau la sebab aku punca dia...sebab hari sabtu hari tu hujan lebat...aku pun geram je tgk air mencurah2 turun...anak pulak tgh tdo. Aku pun trus keluar main hujan...eh bukan saje main...aku pi basuh simen parking depan umah tu ye...ye ar dapat jimat air...guna air hujan je...bertong tong aku simbah depan umah tu siap bubuh sabun bagai...ambik kesempatan gak la main hujan...dah lama tak main kan...hehe syok jek...bersih la sikit depan tu walau tak cun pun sbb umah tepi kan...pagar lobang2 so habuk mmg sentiasa hinggap je....

malam tu tetibe je Myiesha panas badan...mcm dok seblah unggun api je rase...pagi kurang plk panas dia...isnin aku g keje cm biasa la...balik tu pengasuh ckp Myiesha badan dedor je...asik rengek...malam tu panas lagik...trus g klinik penawar panel aku...cm biasa la dia bg ubat demam...doc tu xpenah aku jumpa...mude lak tu...baik je...dia amek suhu pun guna benda ape tah buh kat dahi anak...efektif ke cmtu...aku nk bising2 doc hensem plk tu xjd nk ty ...senyum je la angguk2...hehe....pastu kluar...slalu aku g kenek Fatimah...tp malam doc lain masuk slalunya. tu yg xbest aku suke doc fatimah sbb dia best. huhuu....pastu malam hari selasa panas dia makin menjadi...aku nk pegang pun mcm pegang ape je...panas gile....pagi rabu trus g kenek UTM plk konon skali trus nk g keje la pastu....skali g sana dia cek suhu amek guna alat kat tinge...yg tu aku rase konfiden sket la...efektif la sket kan...suhu 38oC trus g blakang buat itu ini end up doc bg ubat montot....trus aku xjd g keje...balik umah trus...pas masuk ubat bontot tu aku rase efektif la sbb suhu dia trus berkurang, n aku tambahkan dos je ngan ubat demam yg dia bg....seb la myiesha ok makan ubat demam tu sbb sedap kot dia rase...malam td dah xpanas dah badan dia...sejuk je....pg ni aku konfiden la dia da sihat....trus g keje dgn hati yg riang....hehe...Myiesha ni jarang demam sakit ke ape...ni kire kali ke 3 cmtu kot sejak dia baby....harap anak mummy sihat2 selalu....Hari ni mummy lak yg pening+selesema+demam...xpe la mummy demam bole je tahan....jgn anak sakit...

Lagi 5 hari date besday my cayunk sorang tu....dah besar anak mummy...nk dekat satu tahun...mcm xpercaya je anak mami da besooo....

Thursday, October 6, 2011

Myiesha Erieyna


entry by myiesha utk papa nya.... : Happy birthday papa...i love u

papa dapat henpon baru dr mummy...xde la henpon papa hang n abes bateri lagi...lepas ni papa kena slalu call myiesha ngan mummy ty kabar...say hye....ty myiesha buat ape klau lama xjumpe ok..papa kena juga izinkan myiesha main game kt hp tu ek...myiesha suke men game burung marah tu...mummy pun suke....ok la papa tu je kata kata dr myiesha....myiesha xpandai nk cakap banyak2...sebab myiesha kecik lagi...nt da besar baru la myiesha buat karangan yg best utk papa ok...

ermmmmm

sejak dua menjak ni aku rase aku sgt sensitip...hati senipis kulit bawang...sikit2 sentap....tetibe sedih...aku ada masalah jiwa ke...aku pun xtau nk explain mcm mana...yg aku rase jiwa aku xtenang...mycha meh main ngan mami....kadang2 org borak hepi2 aku ikut la gelak...tp dalam hati aku menipu...masa aku menaip ni pun jiwa aku tak tenang...so ape2 yg aku post ni anggap jela aku xwaras....sekadar meluah kan ape yg aku rase...nk cite kt org pun aku xtau kenapa aku bleh rasa mcm ni...kurang kasih sayang ke....ishhh la..xkan jap g aku nk meningkat umur tu sbb hormon2 berubah...aku rase tak....semangat aku pun hilang, buat ape keje mcm xsettle..sekerat2....
ape pun aku kena kuatkan semangat sendiri...xde org lain bole tolong melainkan diri sendiri...mak dah xleh tolong...abah pun xleh tolong...adik badik pun xleh tolong...hanya pada Mu Ya Allah aku memohon ketenangan dalam menempuh kehidupan ini..hanya pada mu aku berharap...

Wednesday, October 5, 2011

Menangis

 Terkesan kat jiwa bila baca info ini...sape la yang buat kalau seorang lelaki dia mesti seorang yg  memahami hati seorang isteri, apa yang di karang mmg betul...kalau perampuan mesti ini adalah luahan hati seorang isteri yang mohon pengertian. 
"
Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…"

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA….

Tuesday, October 4, 2011

EBM September

EBM bulan lepas...ni je yang dapat...maklum la raya kan (alasan xbleh blah)...
bawah tu siap ada ais n daun daun...aku beku kan daun kunyit dan daun limau purut...abes bau satu freezer.



Monday, October 3, 2011

hubby birthday



hari ni besday hubby bucuk...3 oktober 1983...kire la dah berapa umur my hubby...dah tua dah jap lagi nk masuk 30 an...nk masuk group 30sen plk...hahaha...tahun lepas time2 cmni aku tgh tunggu hari nk melahirkan cinta hati kami....jadi xde celebration pun....tahun lepas bt ape ek lupe plk...yela byk urat putus pas melahirkan, tu yg rase ape ek aku buat masa tu...xigt langsung...tepakse cr entry tahun lepas...hihi ok da ingat balik, tahun lepas cuma layan movie crite Magika...hehe.....

Tahun ni rasenye xbleh jalan2 sbb hari isnin keje...so malam ni je la....xtau ape nk celeb malam ni. Tadi bg dia dua choice nk pilih hadiah....tp en hubby nk dua2 plk..mana bole kan..kena pilih satu je...smp skang xbg2 jawapan dia nk ape....klau xmo lg bagus...hihi..save duit aku....huahua....

Ape pun sbg seorang isteri aku doakan semoga hidup abg sentiasa di berkati oleh Allah, murah rezeki, sentiasa di permudahkan atas segala urusan, menjadi anak, suami, dan ayah yang sentiasa di senangi oleh keluarga.

Friday, September 30, 2011

alaaa...cemana nie...

Planning yang aku nk buat untuk bulan 10 nanti macam sedikit terjejas la plk....ye la bulan 10 ni kan bulan kelahiran untuk kami sekeluarga..hubby 3 october...aku 16 october...myiesha pulak 18 october....ikut turutan la kan...anak last sekali, ikut kan planning aku nk buat birthday party Myiesha on 22 october hari sabtu 4 hari selepas date sebenar. Tapi tadi aku dapat email kena mengajar Holistic kat UTM KL 17-21 october....uwaaa dah la 14-16 october tu aku attent course SOP kat Desaru...straight tanpa henti tu...mana nk buat preparation lagik...nk kemas uma...beli brg...klau super papa bole buat sorang2 tanpa bantuan aku tu ok la...ni 1st time la rasenye nk arrange majlis untuk anak...(gaye mcm grand jek) haha..padahal simple je pun...tp simple2 bg kami pun preparation kena ok...dah la aku dah tempah beberapa items...aku nk bt gak time tu....xkire...tp cmne?...aku kena buat plan lain nie...malam karang la aku pk bersama hubby....

Lagi satu prob ni mana aku nk letak Myiesha, dah la lama aku nk tinggal kan dia...bayang la dari 14-21 october tu dah 8 hati tu woi....mau lupe kt mak dia klau tinggal lama2...tinggal lama2 tu aku xkisah lagi...masalah nye aku nk tinggalkan dia lama2 kat sape...awal2 tu dah la hubby ku keje malam...klau siang bole lagi la dia hantar uma BS wlau hantar cepat n ambik lambat...kurang2 dia hantar jam 6pagi.....ambik kang kul 8.30malam...wahhh sian ko anak. hari besday 18oct tu pun sorang2 je...seb xpaham ape lagi....klau da beso mau larik uma nenek kt selangor tu xmo kawan mami....haihhh klau ada gap antara 2 program tu ok lagik kot nk arrange...ni straight je non stop cemana ek...

waduh2 cemana ni ek....alaaa...nanti la pk...sekarang otak berada dlm keadaan tak ok...so susah nk pk secara waras...hohooo...klau korang cemana?...cer kongsi idea....
jgn la myiesha nanes camni klau kena tinggal lama2 ngan mami

Jumaat - Kelebihan untuk lelaki

Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
 * jangan sia-siakan hari yang penuh berkat ini...inyaAllah hidup sentiasa dalam lindunganNya... 

Thursday, September 29, 2011

Mengapa wanita sering menangis

Jwbnya: Kerana wanita itu unik.

Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang" yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
"WANITA..KAMU ISTIMEWA".....♥
 

Tuesday, September 27, 2011

raya raye IBD

all in pink....malam tadi jamuan hari raye office, seronok nya sebab bawa myiesha je jumpa anak2 kecik membe office. sebok dia nk main bubble yg budak2 lain main....smp kan bubble dia sendiri terlupa bawa balik, tertinggal atas meja makan. xleh nk main...(padahal mami dia yg nk main)...xpe la xde rezeki nk main bubble....
Gambar kat atas ni la 1st time kami bergambar bertiga...yg lain papa xpkai baju melayu...ni je la gambar kenangan2 raye 2011 bertiga...last2 baru dapat ...xpe la dr xde...stokin myiesha pun da tercabut...sebok di tarik2.

ni pulak gambar warga IBD dan family masing2...klau tak nampak sila guna kanta pembesar di lab ye....hehe...sbb da ramai sgt gambar pun jadi kecil.

ok la xde nk crite lagi....mcm tergantung plk cerita raye ni kan...sbb tgn da penat nih..(alasan)

Monday, September 26, 2011

plan malam ni

malam ni nk g jamuan raye IBD..theme kali ni pink kaler...sebabnye kaler tu je yg semua anak branak ada....cik hubby pkai je baju tahun 2008 dolu2...bukan pakai sgt pun...elok lagi tu.....kitorang je pkai baju baru...hahah aci la tu kan...jadi la. dr kaler berwarna warni..ok tata.

Friday, September 23, 2011

green finger project

Hari ni ada gotong royong untuk project Green Finger kat office...semua terlibat, dr org atas smp la ke bawah...tp yg bos2 besar biasa la mana ada masa...bz kan...kitorang yg bz pun turun padang sebab da busan asik dok dlm office je....project ni buat area bangunan baru office IBD ni je...plan dia nk tanam pelbagai jenis tanaman terdiri daripada sayur sayuran, herba, tanaman hiasan dan buah buahan....group kitorang ikutkan kena tanam pokok daun2 macam selom la...dll tah ape aku pun tak ingat jenis dia....(haha bajet terer tanam pokok la)...projek ni di buat dengan objektif untuk menghijaukan lagi persekitaran yg dah sedia hijau...building kitorang ni di lereng bukit...mmg da hijau la dgn anak sungai yg mengalir...(wahhh mcm bole mandi je bunyi kan)...hihii...

Tp tadi baru nk tolong cangkul2 buat batas dah xlarat...bukan salah aku pun tp salah cangkul tu sbb berat sgt...klau cangkul pun da berat nk angkat ape tah lagi kan...so aku buat ala2 je la...lg pun semut da mula menggigit dan nyamuk da sebok menghurung aku...adui, baru nk rajin tp ada yg kacau. So aku just tolong cantas2 rumput comel dan cangkul2 sedaya tenaga aku je....hehe...sronok gak walau buat penyibuk je org tgk...alaaa nt klau da siap batas aku ok je tlg tanam...buat batas baik bg pada yg pakar je kan....serahkan pada yg ada tenaga lebih...syokk xsabar nk tanam n harvest nanti....ala2 farm ville yg dalam fesbuk tu, yg pemes satu ketika dulu....

jom g berkebun.....

Thursday, September 22, 2011

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

tadi masa berfb terbaca info ini...aku copy dari post fb sepupu aku.... nk share info menarik ini kepada semua blogger. so sebagai ibu rasanya secara automatik kite dgn rela untuk melakukan apa sahaja untuk anak yg kita kandung tanpa di paksa, klau ada yang buat perkara -ve tu maybe dia ada masalah mental atau tekanan. So ibu ibu semua perkara yg kita buat tu ada ganjarannya walau pun kita tidak minta. Betapa besarnya dan mulianya seorang yang bergelar ibu di sisi Allah, jadi jangan lah kite mengabaikan tanggungjawab yang di beri.....
Meh baca ganjaran-ganjaran yang di janjikan oleh Nya pada ibu-ibu.
 1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. 
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.
Untuk Pasangan yg belum di kurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata, ketahuilah semua itu ada hikmah yang telah di rencanakan oleh Nya. Kita hanya boleh teruskan berusaha dan berdoa moga apa yang di usahakan akan diperkenan kan oleh Nya. Aminnn
Ps: untuk ayah ayah....tanggungjawab tu lebih besar..untuk isteri dan anak2, tp xjumpa lg info pasal tu klau ada nt akan di share di sini...jgn berkecil hati oke...hihi
 (credit to en google)
 

Tuesday, September 20, 2011

watch out beb!!!

hey u jgn buat i bengang ok...be a good person boleh tak..jgn jd budak2 xcukup umur, u tu da tua...ape lg yg u nak dlm hidup...fikir fikirkan ok....


Sunday, September 18, 2011

Myiesha 11 months old today

Hari ni anak mami dah 11 bulan...lg sebulan nk setahun...da besar anak mami ni, tp tgk mcm baby je lagik...xpercaya anak mami akan jadi todler sikit masa lagi....cepat betul perkembangan budak kecik kan...dari bulan ke bulan ada je kemahiran yang xdisangka akan dia buat...klau org tua cm kite rase sama je....haha...tp i love to learn benda baru...klau tak busan idup nie....

ok la perkembangan terbaru Myiesha skang:-
- da ada 4 batang gigi...2 atas dan 2 bawah....sblm ni lambat sgt tunggu gigi dia kluar...skali baru ni baru pasan da kluar 4 sekaligus...alhamdulillah xde demam ke ape...ok je macam biasa...cuma air liur menjejeh secara berlebihan je klau dia menggigit benda.
- Da pandai buat memek muke dan mulut...buat mulut muncung la...muke bushukk la...bunyi2 mulut...haihh pandainye sape ajar ni syg...
- Da pandai turun katil, ni baru terer rasenye...sbb mami br perasan, tetibe dia kluar bilik sendirian. pastu hari seterusnya bile lambat angkat dia je sure dia turun sendiri dan kluar bilik cr kite...muskil gak, smlm da suh dia wat demo cmne dia turun sebenamye...skali dia g tepi katil..pusing badan, turun kan kaki sambil tangan berpaut pada cadar katil...tadaaaaaa...sambil sengeh2...gud job dear.
-masih minum susu ibu....Alhamdulillah, masih ada rezeki.
-mulut bising membebel ckp papaaaapaaaa....kakaaakaaa...pastu tah ayat ape lg tah mami xpaham...bahasa german kot...
-masih xsuke mandi air sejuk...klau air sejuk sure dia diri je dlm bath tub dia tu...xmo berendam langsung, so mandi pun kejap je la....haihhh ape la penakut sgt ngan air sejuk....air sejuk bagus tau utk kuatkan tulang, ni da tgh hari pun penakut...len la hari hujan je..petang2 .
-berat da 10 kg rasenye...timbang kat umah je...baju pun byk da sendat...padahal ada yg baru pkai 2 3 kali je...beli masa bulan puasa hr tu...skang da sendat...
-memprotes pun da pandai....nk itu...nk ini....yg xsuke dia campak jauh....ishh la anak


Harap myiesha membesar dgn bijak dan berjaya dunia akhirat....mami syg myiesha ok....papa pun mesti kn sayang kite berdua, moga mami n papa dapat membimbing myiesha jadi anak yg berguna....dan memberi contoh yg baik pd myiesha....

Wednesday, September 7, 2011

dak kenit beraya

dak cembeng xleh berenggang ngan mummy
bz nk amek kuih raya
berdua ngan mummy je...papa work la syg
hello papa...selamat hari raye ...myiesha minta maaf byk2 ye sbb slalu buat salah...0-0 okey

EBM August

terlambat update untuk bulan 8, bulan puasa punye stok semakin sedikit dr bulan2 yg mmg da berkurang tu....
sebenanye ada kejadian masa cuti raye seminggu hari tu....ada kejadian uma blackout sbb fius uma sewa teroff masa raye pertama, dan kebetulan tahun ni hubby tak cuti raye....kerja di hari raye...dia blk keje malam tu tgk uma gelap je....bayang la klau xde org kat rumah tu dah sah2 rumah tu xde letrik selama 6 hari smp kitorang blk bercuti dr kampung...kompem la EBM dlm tu cair banjir...Alhamdulillah semua terselamat...fius rumah tu teroff mungkin sebab hujan lebat dan ada petir dan guruh, sensitif sket rumah tu...rumah lama kan..ok la bulan 8 ni ada la beberapa plastik EBM berjaya di simpan dan di kumpul..ikut kan skang ni klau aku pump 3x sehari cume bole dapat dalam 13oz camtu je...klau dua kali kurang dr 10oz....sbb tu xdpt simpan byk sekarang. cukuplah untuk masa akan datang sementara Myiesha masuk 1 tahun...dan sekarang aku tgh gunakan stok bulan Mei untuk bekalan myiesha sehari2 di rumah pengasuh.

stok August...separuh bakul je dapat

Wednesday, August 24, 2011

ramadhan bakal pergi...Syawal bakal menjelang

tajuk skema gitu...kehkeh...cmne persiapan raye...aku pun ala kadar je sbb mood spoil xde rumah cantik...haha..kitorang balik kg sabtu pagi...lepas hubby blk kerja pg tu terus gerak...klau hubby mengantuk terpaksa la aku yg drive...tp mcm dia bole tdo klau myiesha sebok nk main...sama je ye tak....huhuu....xsabar mau blk kg...ikutkan tahun ni turn raye belah hubby, tp terpakse turn umah aku sbb dia tak beraya...so kami berdua hanya di hantar balik ke kg aku je lah....ok gak la raye ngan mak abah...cume adik badik xsemua ada la...sbb kitorang da pakat...so tahun ni ramai yg beraya belah mertua dulu....aku ngan adik2 aku yg belum kawen je la ada nt...tp xpe lah syok gak tue...

Nape hubby tak beraya?...sebab dia kena kerja la kan. tak kan la saje2 xmo raye atau xde baju raye...huhuuu...dia kena keje hari raye tahun ni...raye ke 4 baru balik kg semula beraya ngan kami...Sedih? memanglah sedih...1st time Myiesha beraya tahun ni tp papa dia xde....eh klau hubby terbaca time kami da blk kg ni jgn sedih tau b....nk wat cmne kan tanggungjawab sbg pekerja...kang xde kerja lg susah...b nt pg raye minta jiran depan uma ke jiran seblah ke ketupat dan rendang...sian pulak terbayang kan b raye2 dok sensorang kt uma tue....hmmm tp ada baiknye, sbb bleh la hubby aku tolong jaga EBM dalam freezer tu...klau blackout ke ape...sbb tu la benda yg paling di risaukan klau cuti lama. ada gak hikmahnye....kan

Persiapan pulak utk Aidilfitri biasa je untuk aku...baju raye pun sebenanye baju tahun lepas yg xjahit lg sbb tahun lepas kan aku peknen, baju pun xbyk la...kire nye baju2 tu bawa ke tahun ni...ada 3 psg, beli lg satu kurung pahang adalah 4 psg tahun nie...hubby mmg xbeli ape sbb dia kate xde perasaan...kesian la b ni ( aku tau mst dia sedih cuma xnak pikirkan sgt je)...nk suh beli itu ini pun xnak...Myiesha pulak baju kurung ada 2 psg...satu puan fahsya yg bagi...satu lg beli...baju gaun n lain2 mmg byk la...klau kluar je baju dia...1st time beraya dgn anak la katekan... tu yg excited...

Ape pun moga di hujung2 ramadhan ni bertambah la amalan kite ni...sbb mmg xsempat n xbyk buat amal dalam bulan ramadhan ni...lepas dengar ceramah pg tadi lagi la terasa rugi sbb di 10 malam terakhir xde pengisian yg bermakna.....tapi tetap berazam nk tingkat kan amalan lagi...bak kate ustaz td tak guna klau hidup lama tp xde peningkatan amalan dlm hidup....kadang jiwa kite ni kena sentiasa di beri makanan2 mcm ni la...dgr tazkirah, ceramah...manusia kan sering lupe dan alpa...

myiesha pun nk pose.....

Monday, August 22, 2011

kemas ke tak

best baca blog org lain yg rajin mengemas umah sempena nk raye nih....jeles pun ada...huhuu...kalau dulu kt kg seminggu nk raye bile cuti je pagi2 da dengar sore mak jerit2 suh bgn (sbb pas subuh tdo balik) bangun suh cuci tingkap , lap sawang2, tukar langsir ngan tuka lapik krusi....hoho mmg kecoh la...aku adik badik pompuan ada 4 org deret mmg bagi2 kerja la...ko wat ni...aku wat itu...yg adik laki pulak tukang angkat yg berat2 la...kitorang jd tukang arah je...haha...best sgt masa tu...uma kat kg tau la...dah la byk ruang...atas lagi...tgh lagi...tu belum tgk bhgn bawah...adoi mmg memakan masa seminggu baru siap....ada gak yg part tukang masak ngan buat beskot...tp slalunye aku tukang kemas je...sbb xsuke masuk dapo...hahaa....tp skang kena suke la...kang sape nk buat kan utk family sendiri..anak dara lak masih kecik...yg mak pulak tiap tahun tukang buat bahulu lapis...pg2 da dengar mak pukul telur kasi kembang....tp skang mcm da xbuat kot...skang betukar ke kerepek pisang hasil tanaman abah aku di kala senggang...abah aku masih bekerja ye walau da berumur 64 tahun...tp dia mmg xreti dok diam...klau ada masa ada je dia bt...slalu berkebun di sekeliling rumah...hobby terbaru bela itik pulak...cucu cucu dia suka la klau balik...smp ada yg xnak balik dah...nk duk kg je...hiiihii

eh sebenanye nk cite pasal uma yg kitorang bertiga duduk skang ni...aku rase xde mood nk kemas uma tue...tp best tgk sume tuka langsir...beli itu beli ini utk rumah...ahhhh bile la nk bt tu semua...tunggu ada rumah sendiri ek...tp lambat lagi la...rumah sewa skang ni byk yg rosak sbb tu mls nk kemas...baru2 ni tangki air atas uma tu bocor...smp siling bawak ke dinding air tu turun....skang da ok tp menunjukkan simptom2 nye semula...sbb da bocor...tuan uma kate klau nk betulkan mmg kena tukar...so bayang la klau nk tuka kena la bukak atap sume tue...adoi...dalam uma da mcm ape je...dinding da horror gile...nk cat kasi cun kang bazir pulak...mst bocor balik...so biar je la mcm tu...bilik air lagi la...malas nk ckp...klau bersihkan pun tetap tak cun...yela taman universiti ni uma dia pesen lama...kire lantai pun simen...mmg tuan rumah xrenovate pun...itu la uma asal....gril pintu nk tecabot...tingkap lak klau buka langsir mmg org luar nmpk la...sbb uma ni end lot...malu ar nk buka...sudahnye xbeli pun langsir baru nk tak tukar pun sejak dulu...aku rase habuk pun da byk...waduhhhh...feel da tak rase rumahku syurga ku da....patut kena la suke kan...tp ape nk buat...dlm masa terdekat ni nk beli rumah baru tetibe mmg tak la kan....klau semudah beli eskrem hr ni gak g beli.....so skang ni mmg proses mencaru rumah sewa lain yg lebih ok...mmg da survey area mutiara rini....pulai jaya...pulai emas tp xjumpe...ada rumah kosong tp xde iklan pulak....keciwa gak la....

harap lepas ni jumpa le rumah idaman...walau xbesar tapi selesa utk kami duduk....

Thursday, August 18, 2011

10 months today

sape nama Myiesha Erieyna angkat tangan!!!!....hari ini budak tecik ni dah 10 bulan. da beso la kan...dah tak macam baby dah...sbb hari2 mengganas membuli mami smp penyek ken uli ngan badan bambam dia tue....ape ek nk cite...cite pasal perkembangan dia di kala usia menginjak 10bulan....byk la yg dia da pandai buat terutama membuli...ishhh ikut sape tah....


-berat dia xtau la dah brape skrang ni...sbb last timbang masa 8bulan...nt timbang lagi masa umur 1 tahun...

-gigi pulak dah tumbuh sikit kat bawah...tp xnmpk sgt lg. seb la dia tak menggigit...klau tak habes la

-makan pulak so far ok la...kadang berselera kadang mkn sikit...tp xpernah tak makan la...byk gak aku da sumbat kat dia selain bubur nasi n lauk pauk cm biasa....aiskrim pun da penah makan, biskut tiger susu, roti, kek, puding, kurma, sume yg biasa2 je la...xla mak dia ni bg mkn yg pedas...xpasal menggelegak pulak perut budak tecik tu.

-minum pulak...masih minum susu ibu lagi, macam2 gaya menyusu dia skang ni..smp tak terkata dah. geram je

-baju pulak da pkai saiz 12-18M atau 12-24M ikut brand...kadang ada yg utk 1tahun tp kecik sgt...ikut la...klau nk beli mmg kena ukur dulu...xleh ikut umur, kang xmuat

-Aktiviti pulak mcm2 da dia buat....merangkak, memanjat, meniti tepi2 meja sofa, asik nk berjalan je xreti diam, suke korek celah2 lantai, ape dia jumpa sume masuk mulut, naseb la jumpe lipas dia xmakan...adoi la. suke tepuk mulut pastu bunyi2...cer korang buat mulut bersuara pastu buka tutup ngan mulut...kan best bunyi tu...dia suke menda tu la skang ni...

- Sangat manja ngan mami...ngan papa ikut mood dia, tp slalu mengada ngan mami lebih la. nk buat kerja pun susah...nk melekat je meh masuk balik dlm perut....nakkk...pagi klau hantar uma BS da pandai berlakon. Mak ita panggil buat tak dengar je...paling kan muke...bile ambik nangis. buat muke sedih kat mami...haha xlayan...

-klau jumpe budak suke sgt dia....di lepuk pipi la...tarik2 baju la smp budak tu takut...pastu suke wat muke geram ngan tangan2 skali gigil sbb sgt geram kt budak lain...ishhhh patut budak lain yg geram kat dia...ni sebaliknya pulak. ape la myiesha ni...hr tu jumpa baby abes di kerjakan...abes penyek baby tu tau, xbagi lepas pulak tu...bahaya la myiesha...awak tu dah la berat...kang xpasal anak org.

Myiesha memang penyeri kami...klau xde rase sunyi je rumah tu, tp klau ada mmg bz la satu rumah...kejap ada je yg jerit panggil dia suh diam2....jerit suh pi situ....jerit jgn makan carpet....haha....macam ramai je anak...riuh sekampung....

Moga anak mummy n papa sentiasa di lindungi olehNya. Aminn

nyum nyum sedapnye handbag mami ni

Wednesday, August 17, 2011

Masak-masak ramadhan

tgk blog org lain sume rajin2 memasak kan...cayalah tabik spring kat korang semua...ada yg elak pegi param sbb takut mambazir...hihii aku pulak klau hubby ada mmg g param la utk berbuka...untuk sahur pulak mmg aku masak hari2 sbb xkan nk makan juadah berbuka pulak kan...bukan aku xmasak tau...sbb hubby aku tu xsuke makan lauk sahur sama dgn menu berbuka. klau nk makan nasi dah senang msk sekali utk buka n sahur. tp sebab nk mkn menu yg lain dr kebiasaan beli je la...org kate beli kt param bazir...tp so far harga makanan ni param Taman U ni masih lagi boleh di terima. Air satu bungkus rm1, laksa rm3, kuih tako 5 rm2...kuih2 lain pun ok xla singgit 2 ketul je...lagi pun kitorang beli ape nk makan je...so xla bazir masuk tong sampah...beli pun bukan lauk2 pun...kuih2 pun jarang beli...slalu beli ayam percik, kuih tako, air tebu, air kelapa, tauhu bakar, soto nasi, murtabak tu la selalu menu berbuka yg aku beli....

bila malam baru la aku masak utk menu bersahur...kadang bgn pagi 4.30 utk masak...sayur2 slalu msk pagi br sedap...klau agak lauk tu ambil masa masak siap2 malam tu.ok la kan...nk cepat, kang terbangun lambat xsempat plk nk masak....klau aku sorang2 aku goreng je telur makan ngan nasi taruk kicap...dahhhh klau hubby ada br masak lauk best2 sket...ye la makan sorang mana best...kang beriya masak pastu yg makan pun kite gak...tak menarik langsung klau cmtu...

Untuk dessert pulak suke gak aku buat...ni klau da xde ape nk bt...bubur kacang, bubur jagung, puding roti bakar, puding trifle antara menu yg da try buat...puding trifle tu ada lagi sbb buat2 dapat 5 bekas pulak...adei baru makan 2 bekas...sape nk abeskan ni....hr ni agak2 bole makan lagi tak ek...klau xleh bazir je buang...uhuuu

bubur jagung bersago pink...
puding trifle yg sendap....tgh lepak dlm esbok lagi...

menu yg lain tak snap pic...sbb macam takde deco pun...nk amek gambo mcm tak semenggah pulak...so biar la terbayang dlm fikiran je...hihi

JB Catering

weekend hari tu kitorang berbuka di JB Catering....diorg da pindah tempat baru, skang kat stadium larkin....nk cari senang je klau jumpe Stadium larkin jumpalah JB catering ni...so far ok la rege buffet dia makanan pun ok byk juga pilihan, dari masakan kampung, western, dessert, kambing golek sume cukup cuma cukup atau tak je ruang perut korang nk sumbat sume tue. harga berbaloi la dgn makanan tp klau nk banding dgn hotel mmg la kalah...hotel tempat pun da best makan pun kompem best...tp kadang ada gak yg xbest...

JB Catering ni ok la klau org cm aku ni nk g...buffet makanan byk terhidang tp yg mampu makan sikit je...ye la nk sumbat semua xlarat aku. klau yg jenis pemakan di sarankan mkn buffet la sbb berbaloi bole amek sume jenis makanan...makan sampai boncet...sape2 mau pegi bek booking awal...sbb mmg penuh gile dgn org...meja pun diorg terpaksa top up kat sume celah...xde ruang kosong pun...penuh dlam tu...

sempoi je tempat dia...xla grand sgt
rm 26.00 sahaja utk dewasa cik myiesha free jek...dia just mkn tembikai ngan bubur huhu
kambing da rentung hahah...kg golek...sedap gak la xrase sgt kambing dia...sbb da mandi kot...
meja depan kitorang...penuh weh diorg amek....ok la xrugi sbb mkn byk...tgk last2 licin ok...mmg berbaloi la sape yg tank beso...
aku mkn ni je...nasi beriani....len kali amek byk2 mcm org meja depan...ni rege xsmp rm26 kn tambah lagi ni
ni la budak bagak yg blanje kitorang makan....siap kire duit dlm purse lagik...