KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM
tadi masa berfb terbaca info ini...aku copy dari post fb sepupu aku.... nk share info menarik ini kepada semua blogger. so sebagai ibu rasanya secara automatik kite dgn rela untuk melakukan apa sahaja untuk anak yg kita kandung tanpa di paksa, klau ada yang buat perkara -ve tu maybe dia ada masalah mental atau tekanan. So ibu ibu semua perkara yg kita buat tu ada ganjarannya walau pun kita tidak minta. Betapa besarnya dan mulianya seorang yang bergelar ibu di sisi Allah, jadi jangan lah kite mengabaikan tanggungjawab yang di beri.....
Meh baca ganjaran-ganjaran yang di janjikan oleh Nya pada ibu-ibu.
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.
Untuk Pasangan yg belum di kurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata, ketahuilah semua itu ada hikmah yang telah di rencanakan oleh Nya. Kita hanya boleh teruskan berusaha dan berdoa moga apa yang di usahakan akan diperkenan kan oleh Nya. Aminnn
Ps: untuk ayah ayah....tanggungjawab tu lebih besar..untuk isteri dan anak2, tp xjumpa lg info pasal tu klau ada nt akan di share di sini...jgn berkecil hati oke...hihi
(credit to en google)
No comments:
Post a Comment