Showing posts with label Breastfeed journey. Show all posts
Showing posts with label Breastfeed journey. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

100% BF wean off at 2 year old Myiesha

Alhamdulillah Myiesha dah wean off dari BF
in 1 weeks time. Syukur walau hati mummy kesian nk berpisah
setelah 2 tahun jadi partner mummy walau di mana pun.
Tapi cukuplah setakat ini tanggungjawab mummy pada Myiesha,
Moga Allah murahkan lagi rezeki mummy untuk anak ke2.
Terima Kasih Allah kerana di permudahkan sepanjang 2tahun ini.

Wean off Myiesha boleh juga dikatakan mudah, walaupun pada awalnya dia
tak dapat terima untuk berpisah dgn kwn baik dia di kala waktu malam. dah biasa kan. So
Aku start kurangkan dgn 2 session je start pada isnin 15hb october 2012. Hari aku tahu aku
pregnant for 2nd. then pada 18hb cukup Myiesha 2tahun 1 session je, aku da tak offer dan akan 
leka kan dia waktu dia nak nenen.Walaupun pada awal meraung juga la dia.
 Dan pada masa sama aku tiap kali waktu tidur dia aku
gunakan teknik yang di ajar dalam MMR (sila clik for detail). Bercakap dengan dia di kala gelombang 
otak dia di fasa Theta dan delta, pada masa tu mmg mudah dia nk terima berbanding dia berada dlm keadaan beta. Aku amalkan beberapa malam je dan syukur Allah makbulkan.
Tanpa aku buat apa2 mcm petua org2 lama yang suruh letak itu ini kat situ...hehe
Sbb aku yakin dengan ilmu baru yang aku belajar ini.
Mmg amazing, sebab byk keadaan kita boleh gunakan teknik ini.
Berbaloi.

Dan sekarang Myiesha dah wean off dr BF dan dah boleh tidur di katilnya sendiri
waktu malam. (walau di bilik yg sama).
Takde lah nk jadi pengganas lagi naik perut mummy, konker katil mummy dan papa 
lagi. Alhamdulillah terima kasih Allah atas nikmat Mu.

sayang Myiesha

Wednesday, August 1, 2012

Hari penyusuan susuibu sedunia

hye2 semua. sempena minggu ni adalah hari susuibu sedunia
so aku berkesempatan untuk buat posting psl susu ibu yg aku kire bakal berakhir.
Sebelum ini aku ada juga post psl susu ibu yg dah berakhir. rupanya masih tak boleh 
di akhiri di sebabkan tuan punye susu masih lagi tidak boleh menerima
susu Puan Lembu. 
Still nak susu mummy...so aku layan kan je la tekak dia sampai dia 2tahun nanti
yang tinggal 2bulan je tu....hoyehhh akhirnya sampai juga ye 2thn anak mummy tu 
menyusu susu ibu. 

Ramadhan 2012 ni kire tahun ke2 aku berpuasa sambil menyusu kan Myiesha. 
Beza dia tahun lepas dia baru 10bulan gitu so demand mmg tgh byk la
dari dia. Dan tahun ini demand dah berkurang sebab da pandai makan 
benda2 lain...dan jajan. Eh mcm ne budak tau ek jajan tu sedappp
nangis2 klau tak bagi jajan..ke sebab packing dia yg warna warni 
yang membuatkan otak kanan dia berfikir yg warna warni itu 
sangat sedapppp klau isinya di makan. (*_____*) anak oh anak...
sangat ditakuti nk duduk depan kaunter cashier
sebab di situ byk gila kot jajan..

Ok2...melalut ke crite jajan pulak. Ok Myiesha skang
dah cerdik byk patah perkataan dia sebut.
Kadang terkagum juga mana dia belajar
Siap pandai kire 1-10
sebut anggota badan in BM dan BI
aku tak pernah ajar tau.
Dan banyak lagi la benda yg dia tau
yg aku xsangka dia bole tau se awal ni..
Alhamdulillah 

Cuma yang tak best gigi atas yg belah depan tu da rosak..
pecah2 mcm ada 2layer
penah ckp kat dr..dia ckp xya risau sbb nt gigi bertukar juga
Tapi yela tak cun la kan gigi gitu

Sebenarnya aku terjebak dalam dunia susuibu ni sejak dari 
mengandung lagi. Memang da niat nk fully BF anak dalam perut nie
Beli breastpump pun sejak umur kandungan 7bulan gitu.
sejak tu memang akan google cari info dari group tentang
penyusuan susuibu ni. Sejak tu mmg yakin aku boleh buat.
Then lepas bersalin adalah moment paling indah
dalam labour room tu juga di Hospital Banting 
nurse bg baby dan ajar cara lactation.
Baby memang sentiasa bersama. Kita pandai2 la uruskan
dan pandai2 la susukan.
Tapi best sangat. 

Alhamdulillah juga sebab suami banyak menyokong hasrat untuk susu kan 
anak. tolong basuh botol (walau botol lain penutup lain hihi) dan handle EBM bila aku outstation.
Terima Kasih banyak2 sebab banyak membantu dan belajar.
Anak pun jarang sakit, seingat aku jarang sgt pergi klinik sebab 
anak sakit demam ke..selesema ke..Alhamdulillah sgt jarang.

Siapa2 ibu muda di luar sana yg bakal melahirkan. 
Yakin je korang boleh. Mesti Allah dengar dan bantu.
moga perjalanan menyusukan anak akan jadi moment yg indah
saat kumpul stok...saat susu tgh meriah..saat NIP
saat susu merudum..saat nk pisah susu dgn anak
semua tu kenangan terindah.

SELAMAT HARI PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK SEMUA IBU DI LUAR SANA
 1ST NIP 

Wednesday, July 25, 2012

Myiesha 1tahun 9bulan

Lama rasanya tak update pasal anak manja dan pandai sorang tu
Sejak sejak mummy dia bz berbiz
Aku pun tak sangka boleh pergi sejauh ini
dan tak sangka bole join biz yg dulu aku tak suke
Bak kata orang 
"Belum kenal makan tak cinta, da kenal sgt cinta okey"
atau org slalu cakap
"Belum Try Belum Tau"

Memang betul la ayat2 tu, kalau tak kaji dulu
tak selidik dulu mana baik n mana buruk 
jangan pandai-pandai nk jatuhkan hukuman
Projek yang aku buat sekarang ni
betul-betul menjadi kan aku seorang yang lain
kawan-kawan xde lagi tertumpu pada kawan opis sahaja
Tetapi sekarang dari merata tempat dari dan pelbagai jenis orang aku kenal
dari dokter, jutawan, businessman, pakar motivasi, 
mmg klau sebelum ni klau di fikirkan mana nk dpt kawan2 cmni
Dah macam satu family
help each others
Apa-apa program sama-sama join
Memang la org cakap klau nk berjaya kena berani buat sesuatu
Berani keluar dari comfort zone sekarang ni


Bukan je dapat jalinkan hubungan silaturahim sesama umat
tapi keberkatan dan hubungan dgn Allah terjaga
Dengan niat hendak membantu orang lain
untuk lebih bahagia..lebih sihat dan lebih kejayaan

Eh salah cerita pulak...berbalik pada asal otak kanan aku ni skrang da
sangat active sbb tu tetibe fikir ke lain..hehe

Myiesha sekarang dah 1tahun 9bulan
cepat je rasa anak mummy ni besar
Dan baru seminggu Myiesha tukar babysitter
sebab mak dah xboleh nk jaga sebab tuntutan sbg isteri
untuk menjaga suami yg sakit.
Terima kasih kak ita sebab selama ini jaga Myiesha dgn baik

Dan Myiesha sekarang masih lagi menyusu ibu.
masih nak walau da besar eh...ada lagi 3 bulan utk aku ajar susu lain
dah ajar sikit2 tapi dia refuse...balik keje je muke sengeh minta upah..

dah banyak yg dia belajar..
dah pandai kire 1 2 3 sampai seplohhhhh
banyak perkataan dia da pandai sebut
Sangat bangga dengan kamu...
Moga Myiesha jadi anak yang genius dan hormat orang tua.
mmmuuahhhh

anak ammi sayang

Tuesday, May 8, 2012

Morgan Officially Died

Sape la gerangan en Morgan ni ek...Mood kelaut betul hari ni, padahal kerja melambak depan mata. Mana satu nak settlekan. Last2  menulis dalam blog untuk menghilangkan keboringan. En Morgan ni kalau nak tau sangat berjasa selama 1tahun 5 bulan dia berkhidmat di rumah kami. Pagi ini aku menamatkan riwayat dia dan dengan tenang dia berehat, sampai bila pun aku tak tau. Harap dia tak merajuk la dgn aku sehinggalah jasa dia di perlukan semula. InsyaAllah kalau ada rezeki Allah En Morgan pasti akan berkhidmat semula dengan kami.


-


-

-


-


-



-



-




-


-

Ini lah dia En Morgan yang kacak bergaya. Kesian dia kena paksa rela berehat.

Takdelah kacak mana...wahahaha

Isi perut dia dah kosong...Kesian kamu lapar kan...

Di Zaman Kegemilangan En Morgan. Penuh isi perut.
Sampai boncet jadinya en Morgan.
Di awal perkhidmatan En Morgan kepada budak motak yang sekarang dah besar.

Dah besar pun budak ni....


-
-
-
-

Khazanah yang tinggal sket tu transfer kat sini je

Minggu depan abes kot pada 18hb. Genap 19bulan.


PSsss: Rosak tak kalau off lama2 DF tu ek. Takut simpan je rosak lagi membazir.

Monday, May 7, 2012

shushu baru Myiesha

Susu Myiesha
From this to

-
-
-
-
-
-










This one
ANMUM ESSENTIAL STEP 3
semalam baru pergi beli lepas tu termenung depan rak susu yang macam-macam jenis tu. Saya pandang hubby...hubby pandang saya balik. Pastu tanya Myiesha nk susu ape...Haha..macam kekok di situ nk pilih susu untuk anak. Anak suke je sebab dia ingat mummy nk belikan dia jajan, smp kerumah asik nak pegang je kotak susu baru. Macam-macam jenis susu si pasaran baru sekarang nk survey, tengok Enfagrow wowww mahalnya satu tin hampir RM100. Pilih punya pilih ambil je la ni, nk kata mahal tak la mahal sangat. Kira boleh la untuk menyambung susu ibu.Malam tu trus try bancuh n bagi anak. Rasa macam best main kocak-kocak susu dalam botol. Alhamdulillah Myiesha tak reject 100% . Dia minum 1aun je. Still nak sambung kat mummy. Takpe slow2. 

Mesti ada yang cakap2 kenapa tak nak teruskan lagi sampai umur anak 2 tahun. Macam cerita sebelum ini sebabnya susu mak mycha ni dah kurang sejak balik training seminggu hari tu .Tapi bagi saya, saya still bersyukur sebab dapat berikan hak anak sampai ke tahap ini umurnya menginjak 1thn 7bln. Dulu awal-awal memang tak estimate boleh bagi lebih dari setahun. Tapi Allah berikan rezeki lagi. Sekarang masih bekalkan EBM ke rumah BS. Malam tadi je try satu botol untuk tengok keserasian. hihi mak yang excited nk bg anak susu. Harap ok je la nanti kalau bekal susu tepung waktu siang. Lagi pun dia dah faham klau sebut nak susu, maksudnya susu dalam botol. 






Saturday, April 28, 2012

4# Travel with EBM from Australia

Ok hari ini saya nak cerita berkaitan travel membawa susu ibu dari Coff Harbour -Sydney - Klia - Senai Airport. Wow dengar macam lama kan. Memang lama pun, dengan regulation yang sangat strict di sana kami tawakal sahaja untuk membawa pulang susu berharga tu. Sebenarnya susu tu majoriti kawan yang punye. Dia baru berjinak-jinak dengan dunia breastfeeding ini. Susu mummy mycha cuma sebahagian or bape kerat je untuk saya yang tengah berada di zaman merudum ini. Iye saya datang cik P menginjak usia anak 1tahun 6bln dan kebetulan sebelum pergi training, so bayang betapa merudum nya keadaan semasa itu.

Ok2 takmo sedih-sedih. Semasa di Coff Harbour kami terpaksa meminta izin en bos di hotel untuk tolong simpan susu dlm freezer yang lebih besar, di sebabkan beberapa hari mengepum freezer di dalam bilik hotel sudah full dengan susu dua orang emak budak ni. Susu di simpan di dalam plastik tebal sebelum di serahkan ke dapur hotel. Yela takut dalam freezer tu macam-macam ada manala tahu kan. Kat negara yang kurang makanan halal takut tercampur kan. So baik buat protection awal-awal. Hari habes training, kami akan ke Sydney satu malam sebelum balik ke Malaysia. Domestic flight dari Coff Harbour ke Sydney memakan masa 1 jam lebih. So tidak risau sangat di situ. Kami minta ice ketul-ketul dari hotel untuk preserve susu kekal beku. Dan cooler box pun sudah di beli di sana dengan harga 45AUD..pehhh sila convert, tepakse beli sebab tak jumpa polystyrene box yang kaler putih tu. Tapi bukan aku yang beli la Kak liha office mate yang beli. Ni kire kisah dia la tapi aku tolong cerita kan untuk panduan orang lain yang memerlukan.

Regulation di sana tak boleh guna ice untuk travel, kalau ice kering bolehlah. Nak dapat ice kering ada area sydney, tp tak beli sebab sangat mahal and min bape kilo tah kena beli. So untuk ke Sydney kami letak je ice biasa n tabur dengan garam untuk maintain. Sebab ingatkan domestic flight ok je. Sekali bile nak check in kat airport dia suruh buka cooler box nak cek. Staf tu nampak ice je suruh kami buang di luar. Dengan kedek-kedek tepakse la angkut bag semua keluar untuk clear kan cooler box tu dari ice-ice yang ada. Sedih juga la sebab risau susu cair. Sebab chiller memang tak bawa banyak. So tawakal di situ. Keluar hotel pukul 10am smp Sydney around 3pm. Sampai-sampai terus keluarkan susu dan minta kebenaran hotel situ pula untuk simpan susu. Nasib baik hotel-hotel sana baik hati takde banyak songeh untuk simpan.

tengah keluarkan ice di luar airport. 

susu tumpang sini dulu ek. Dok diam2...orang pandang pun buat xtau je

ok pack balik, so susu paling atas tu wrap dengan paper sebab yang tu belum beku. So wrap supaya susu-susu yang beku di bawah tak ikut cair. 

Ok itu cerita dr Coff Harbour ke Sydney, kire kurang mencabar la. Dari Sydney ke klia dan Senai johor bahru plk di anggarkan 20 jam. Masa di kira dari susu di keluarkan dari freezer. Wow sangat lama, risau sudah mula keluar di situ. tapi still fikir positive dan bayangkan sahaja susu still beku smp ke rumah nanti.
Kami risau sebab susu just letak chiller yang berapa ketul sahaja di dalam cooler box. Kami just lapis-lapiskan dengan baju untuk halang udara. 1st lapisan letak baju then letak susu dalam dua lapis n lapis-lapis kan lagi dengan baju smp habis. Dan ruang-ruang yang ada diatas penuhkan dengan paper amek di lobby hotel. Kerja-kerja susun susu ni kami buat kat lobby hotel je. Buat muke tak malu je buat kecah di lobby hotel.

Pukul 4.30pm kami dah keluar ke airport dan flight jam 9.40malam. Eh lupa cooler box tu kami masukkan dalam bag baju kak liha, nasib baik bag dia besar n muat-muat cooler tu. Ikutkan tak muat pun tapi kasi sendat, di sebabkan malas nak banyak tanya semasa di airport. Yela klau bawa cooler box obvious sangat bawa benda fragile dan sejuk. So masukkan dalam bag dan celah-celah yang ada letak baju, kire macam insulated gile la. udara pun susah nk masuk. Ok maka bermula la perjalanan selama 20jam bag susu itu ke JB. Transit di klia jam 4.30am ikutkan jam sydney dah 7.30am. So kena tolak 3jam di situ dan bertambah la masa susu di dlm kargo. 

ok pendekkan cerita di Senai Airport semasa scan bag dia detect something pada bag susu. Kami da cuak juga la tp dah kurang risau sebab negara sendiri. Cuma en immigesen tu cakap akak bawa ape ni "Ubi ek" haha nk gelak pun iye. Dia suruh buka n buka je la, kire ni dah berdebar2 bukan sebab takut kena tahan. tapi berdebar-debar nk tengok susu. Selamat or tak. Then ALhamdulillah masih keras dan tidak cair pun.

Kire berbaloi segala usaha dan muke tak malu kami tu bila tengok susu masih keras. So ape pun untuk sesiapa yang berniat untuk bawa susu ibu kena ada planning dan yakin supaya dipermudahkan. moga rezeki anak ada sentiasa.Aminn

susu selamat sampai ke johor dan masih keras dlm anggaran 24jam

Terlupa untuk ambil gambar step by step, nk cepat n kalut juga pun iye....

Wednesday, April 25, 2012

Susu Myiesha

Nak selitkan juga cerita ni hari ni, ikutkan taknak la cerita tapi dari tadi asyik terfikir. Cerita nya pagi tadi masa hantar Myiesha ke rumah BS.

Ammi Mycha   : Kak ita...ni saya ada bekalkan susu tepung untuk Myiesha..Saje nak ajo minum susu
                       tepung, akak buat sekali sehari je pun xpe.


Kak Ita           : Eh...kenapa susu badan da xde ke


Ammi Mycha   : Da kurang la kak..sejak balik training macam da kering, stok pun tinggal sikit, terus 
                          mata  macam dah bergenang2 tapi tahan je buat2 panggil mycha..huhu Terus cakap 
                         nk sedapkan  hati, akak bagi la susu ni kalau macam dah tak cukup sangat ek.


Kak Ita         : Ok kalau da cukup baru akak bagi ye

Sedih ek rupanya bila diri ini dah kurang bekalan susu untuk anak, Sebelum ini bila cakap macam senang. Hmmm tengok la macam mana..


cayang ammi

Sunday, March 11, 2012

Cleaning DF

1st time aku buat kerja pembersihan kt DF aku tu...ais pun da berkepuk2 kt tepi tu, so hari ni memandangkan dok rumah je ngan Myiesha saje la rajin2 nk defross DF yang da berusia setahun itu. Aku beli DF tu pun masa umur Myiesha 4 bulan kalau tak silap, di sebabkan xde tempat simpanan susu dia, berbaloi juga pelaburan beli DF ni sebab sampai hari ni aku ada stok susu untuk myiesha, memang sgt berguna sebab skrang ni mmg byk bergantung pada stok susu, nak harapkan hasil pump aku hari2 skang ni dah kurang membanggakan. Kadang dapat 12oz kadang xsampai 10 oz...Myiesha pula hari2 memerlukan 12oz sepanjang berada di rumah BS. Next mont h harap cukup stok seminggu Myiesha di tinggalkan dengan papa.Di anggarkan memerlukan 144oz untuk jangka masa 8 hari sepanjang di rumah BS dan malam hari bersama papa. Yang merisaukan selepas blk outstation yang lama tu susu da kurang. Aku ada juga plan nk introduce FM kat Myiesha bile umur dia 1 tahun 6 bulan, bulan depan April dia dah 1thn 6bln. Tengok macam mana nanti, harap dia tak reject 100%, klau tak risau gak. Yela sejak dia lahir dia cuma kenal susu ibu sahaja bila introduce susu perisa lain tak nak pulak kan. Ada juga cerita dari kawan2 ada yg alergic la, kena sembelit la, kembung la, tu yang merisaukan. Xpe2 think +ve harap ok je nanti.

Melalut cerita lain pulak mummy mycha nih, haih...ok mula2 aku kena tranfer dulu segala harta karun dlm DF tu masuk fridge biasa EBM stok pun cuma tinggal bulan 12 ada la 2 ke 3 ketul cmtu, bulan 1 dan 2. Bulan 3 ni dah 11hb baru dpt 5 ketul. ayoooo cmne ni mmg xleh bertahan lama nmpknya. DF Kena kosongkan sebab nk cuci dalam tu, ada daun limau purut la, daun pandan la. Kasi buang tu sume. Tunggu ais cair baru lap dalam dia, tp luar DF ni aku da lap ngan kain letak sabun pun tak hilang kotor dia, nak lap guna ape ek sape ada tips nk hilangkan kesan kotoran kt penutup DF ni. Bukan kotor ape, kotor sebab habuk mcm da melekat..dah lap sama je pergi dia.


DF yang macam tongkang pecah, tgk la ais pun da tebal


ni stok EBM yang dah dipindahkan...yang bawah sekali stok bulan Feb, yang tengah tu bulan January cmpur bulan dec 2011 bape ketul terselit di situ. Yang ruang kecik atas sekali tu bulan ni punye March, baru bape ketul tu, da tengah bulan br dpt sikit. Ayayai...

Tuan punye susu yang nak masuk 1tahun 5bulan minggu depan. Ni tengah siap2 nk g tgk movie SeeFood...1st time bawa tgk crite cartoon, kalau tak asikla tgk crite org dewasa.

Thursday, February 2, 2012

susu Myiesha

Sudah lama kan aku tak update pasal benda ni, last pun rasanya masa Myiesha masih berusia bulan-bulan lagi...sebelum umur satu tahun. Bukan apa, kang asik cerita itu je xde variety plk kan..hihi..Alhamdulillah sampai sekarang aku masih BF myiesha dan Myiesha masih minum susu ibu sehingga sekarang umur dia 1 tahun 3 bulan. Aku pun tak sangka selama ini boleh menyusukan Myiesha walaupun aku ibu bekerja. Sape kate xde cabaran, cabaran paling utama ialah MALAS, memang kadang-kadang rasa itu datang, rasa macam adoi penat la anak asik nk bergayut je, malas nk mengepum la, sape kate xpenah rasa. Tapi bila hari2 dah buat tekad kan je dalam hati ni untuk mengepum walau di mana sahaja, xkira bile outstation ke atau lawatan ke mana2. Akan cari juga tempat untuk mengepum.

Kalau outstation senang je cari je la surau yg ada soket, penah tu pergi lawatan ke Singapore dekat masjid dia xde pulak soket utk plug in..sebab aku guna spectra pump je kena la plug in baru bole hidup sbb penah try yg manual xmau keluar pulak, sebb tak biasa kot dr mula. Masa kt Singapore dekat Arab street tu ada masjid, tp aku g pump kat tempat wuduk dia..seblah tu ada mcm dewan aku dok pump kat situ dalam gelap2...haha...takut gak tp gagahkan juga la, bila da terjun ke dunia BF ni kena sanggup kan utk bawa bekal susu balik walau anak tak ikut. Gagah kan je angkut beg gabak ngan gadjet2pump dan cooler dia skali kemana2, xdapat nk bawak handbag cantik mcm org lain klau keluar berjalan. Kalau jalan kejap boleh la bawa handbag kan..Ni yg kalau keluar seharian tanpa anak..Harus bawa ok, kalau tak bawa tu rasa mcm kosong je. Sama juga kalau pegi office, wajib ada 2 bag, satu cooler dan satu handbag. Kalau xde satu pincanglah hidup ini...hahaha serius je kan.

Ok la ni da melalut ke cerita dunia BF pulak, padahal niat di hati nk cerita pasal susu je. Myiesha masih bawa bekal susu ibu hari2 ke rumah BS, masih minum satu botol 4oz dan habis dalam 3 atau 4 botol. tapi da top up dn air masak satu botol ngan cikedis macam coco cruch la, roti, keropok dll lagi la dia bawa g skul. Sekarang guna stok EBM bulan 10, tapi bulan 11 dah abes sbb terguna yg tu dulu. So sekarang ada stok bulan 10, 12 dan bulan 1 yg plg latest. Dan aku xtau lagi nk pump smp bile, ikut ikut je la klau ada, adalah...Dan tidak la begitu obses dgn mengepum. Just follow the flow bak orang kate..ape pun syukur dgn rezeki Allah ini.

Tulis blog kalau xde gambar xsyok kan...meh tgk gambo2 plk...cuci mata yang asik la malas nk baca jurnal. aiyoooo...apsal la malas sgt nk baca jurnal ni...kate nk jadi pelajar cemerlang.

 stok bulan Januari 2012
(siap ada daun pandan nk bg wangi...hehe lebih bt bubur beli satu
 pokok, so tanam dlm freezer jek senang)


 
 
 ni la masjid yg aku ckp kat Singapore tu, hangkut beg merah n cooler sekali....bila da smp time bw beg beso handbag tinggal la. Time ni Myiesha kecik lagi umur bape bulan tah...bila jalan2 baru bole bw handbag pulak..cer kire bp byk beg aku bawa . haha...












Ni la dia tuan punye susu....anak mummy sayang
Myiesha Eryna binti Mohd Fuad




Friday, November 11, 2011

EBM October

aisehhh tgk update pasal EBM pun da postpone smp tgh bulan november..cmni xleh la jadi blogger tegar...muahaha...di kala usia Myiesha Erieyna 1 tahun ni la hasil yg mummy dapat kumpul...byk sket dr bulan sebelumnya sbb aku byk outstation bulan lepas, tu yg dapat kumpul byk...siang malam pump...kalau tak siang je pump...
ada satu plastik berikat tu sumbangan puan fashya sebab masa kurus kat Lotus Desaru lupe bawa plastik byk2...so bulan ni november mood mengepum sgt merudum...nape la malas ni ek...tiap hari klau 2.30pm baru aku nk g mengepum...dulu slalu kul 11 ke cmtu mesti aku da g pump....eeeiii malas kan aku...kadang2 aku macam terpikir nk stop pumping je...tp bile pk balik taknak...smp bile ek aku nk pumping ni...skang ni aku tgh guna stok bulan 6 utk myiesha hari2....bekal pun aku bg yg EBM beku je xde yg fresh...yg fresh sume aku simpan bt stok...sbb dia da makan kan...so ok la bg full yg beku siang hari...malam mmg fresh la sbb direct feed kan...cmne la Myiesha klau aku stopkan dia dari menyusu....

Tuesday, October 4, 2011

EBM September

EBM bulan lepas...ni je yang dapat...maklum la raya kan (alasan xbleh blah)...
bawah tu siap ada ais n daun daun...aku beku kan daun kunyit dan daun limau purut...abes bau satu freezer.



Wednesday, September 7, 2011

EBM August

terlambat update untuk bulan 8, bulan puasa punye stok semakin sedikit dr bulan2 yg mmg da berkurang tu....
sebenanye ada kejadian masa cuti raye seminggu hari tu....ada kejadian uma blackout sbb fius uma sewa teroff masa raye pertama, dan kebetulan tahun ni hubby tak cuti raye....kerja di hari raye...dia blk keje malam tu tgk uma gelap je....bayang la klau xde org kat rumah tu dah sah2 rumah tu xde letrik selama 6 hari smp kitorang blk bercuti dr kampung...kompem la EBM dlm tu cair banjir...Alhamdulillah semua terselamat...fius rumah tu teroff mungkin sebab hujan lebat dan ada petir dan guruh, sensitif sket rumah tu...rumah lama kan..ok la bulan 8 ni ada la beberapa plastik EBM berjaya di simpan dan di kumpul..ikut kan skang ni klau aku pump 3x sehari cume bole dapat dalam 13oz camtu je...klau dua kali kurang dr 10oz....sbb tu xdpt simpan byk sekarang. cukuplah untuk masa akan datang sementara Myiesha masuk 1 tahun...dan sekarang aku tgh gunakan stok bulan Mei untuk bekalan myiesha sehari2 di rumah pengasuh.

stok August...separuh bakul je dapat

Thursday, August 4, 2011

EBM July

Update untuk EBM July...Alhamdulillah masih ada rezeki untuk anak-anak minum susu ibu...stok dah tak semeriah dulu...tp still ada lagi...setiap hari masih pumping 3 session...n kadang dapat lah simpan 1 atau 2 plastik...tgk keadaan, tp setiap plastik hanya dapat 6 atau 7 oz jek skang ni...jadi lah drpd xde kan....

Bulan ramadhan ni still buat 3 session sbb klau tak buat 3 kali mesti xdpt nk simpan untuk jadi stok...da buat masa 1st day sbb nk balik cepat skip session pkul 5...mmg cukup2 je untuk esok 8oz je...kena top up ngan EBM beku la...so dah la xdapat simpan...kena ambil stok beku tanpa pengganti...so hari berikutnya buat 3 session cuma kena awalkan dr hari biasa waktu pumping tu...semalam dapat lah 14oz...satu plastik simpan jd stok dan 8 oz lagi untuk kegunaan esok...mmg di akui bulan puasa stok makin kurang pada aku la...xtau org lain...maybe sebab pemakanan..lg satu kurang minum air kan waktu puasa ni...malam pas buka perut da penuh mmg xleh masuk air da...mmg aku max kan minum waktu malam...smp nk ke tidur pun minum air byk2 smp kembung, tp production tetap sama...

Tapi still bersyukur la sbb ada juga hasilnya, kalau nk di bandingkan ibu-ibu lain yg xberpeluang menyusukan anak mst lagi sedih kan....aku sedih sbb rasenya aku hanya boleh supply EBM kat anak susuan aku Khalisya Husna rasenye last bile Myiesha masuk umur 1 tahun oktober ini...sedih la kena stop kan...tp aku kena la fikirkan kemampuan diri sendiri juga...wuwuwuwu...sedih tau klau di fikir kan...banyak kali fikir perkara ni...Setakat ni anak mummy husna dah minum stok bulan Januari, Februari dan March, bulan ni punye kegunaan ibu dia belum ambil lagi...maybe ibu dia serba salah kot....eh jgn berperasaan begitu tau Fashya...sbb niat di hati nk bg smp umur Myiesha setahun...harap cukup lah ape yang di berikan selama ini walau xbyk mana pun...(nada sedih...pose2 xboleh nanes). Harap lepas ni ikatan adik beradik antara anak-anak kite nanti xkan putus....walaupun sudah putus bekalan lepas ni.... sob sob... :(

dah tak tersusun...sebab klau buat sepah2 nampak lah byk bakul ni...haha hanya ilusi mata...
stok July boleh tahan sampai Januari 2012

Monday, July 4, 2011

EBM: update June

Hari ni dah 4 July terlambat nk update stok June 2011....sekarang Myiesha dah 8 bulan lebih...makan pun da byk...susu still dalam 4oz 4botol sehari...Alhamdulillah aku masih berkemampuan utk menyusukan Myiesha sehingga ke saat ini walau pun kadang kena ke luar kawasan kerana tuntutan kerja. Setakat ni xde masalah yang kronik lagi yang tidak membolehkan aku mengepum...klau kerja luar kawasan pun aku akan kol dulu tempat tu samada surau or tempat dia ada peti ais atau plug in utk pumping...sbb aku guna Spectra 3 yg mengharuskan penggunaan plug utk buat projek tu...Peti ais pulak utk aku chill kan EBM tu dan nk bekukan chiller klau kerja lebih dari 1 hari...Alhamdulillah sebab di mudahkan perjalanan ini...Syukur...lagi sebulan Ramadhan akan muncul...harap penghasilan EBM sama seperti biasa.

Tuesday, June 28, 2011

hasil di bulan puasa

semalam kan aku puasa...rutin mengepum aku pun sama je 3 kali sehari..dan hasil tu xla byk sgt..skang Myiesha da 8bulan hasil da berkurang tak mcm umur dia sblm 6bln dah...klau awal2 dulu bole dapat 20oz ++ sehari skang dah kurang dari 20oz....tapi ok lah still mencukupi...

Hasil time puasa semalam 17oz rase oun biasa je xla letih sgt pun...maybe sbb kite da berniat kan...Allah akan bantu kite kuat smp petang....klau hari biasa makan lewat sikit je mula la menggigil kelaparan...InsyaAllah bulan ramadhan akan datang nt akan di tempuhi dgn jayanya.....dan puasa penuh tahun ni...Aminnnn

Hasil semalam yg sudah di bahagi2 kan...satu botol lebih kurang 4oz utk sekali minum

Thursday, June 2, 2011

EBM May

Entry biasa di hujung bulan....tapi da terlambat 2 hari baru nk update....So macam biasa just utk memastikan stock sentiasa ada untuk anak2 mummy....Alhamdulillah Allah masih memberikan rezeki untuk Myiesha dan Husna untuk menikmati SI. Tapi biasa la semakin meningkat usia anak, production pun berkurang..cuma aku kena usaha lebih je la...xbole lupe pumping session walau bz....tp gap masa yg tak konsisten antara session bergantung pada tahap kebizian....hihi...klau tak bizi sempat la buat 4 kali sehari...klau tak mcm biasa la 3x sahaja...yg penting buat...Ibu2 di luar sana jgn putus asa ok klau production berkurang....kite usaha je selagi terdaya dan selagi di berikan rezeki.Aminnn utk semua ibu-ibu di luar sana....

stok da kurang berbanding dgn bulan2 sebelum ni...Moga rezeki ini sentiasa berpanjangan. Aminnn

Monday, May 16, 2011

cara aku bawa bekal EBM

Myiesha average minum susu sehari kat uma BS antara jam 7.30 am hingga ke jam 6pm adalah sebanyak 4x4oz atau 5x4oz....aku tak sediakan dalam cooler bag..just masuk bekas then sampai sana trus BS simpan dalam fridge dia...bekal bubur satu bekas je aku bagi...BS just amek separuh utk bg utk lunch n makan petang...sbb aku da bg bekas satu lg utk digunakan kat warmer...in case nk warm kan...just masuk bekas tu then taruk atas warmer...warmer mmg aku tinggal je kat uma BS utk warm kan susu..klau aku outstation 2 or 3 hari aku amek taruk kat uma utk hubby guna...kena beli lagi satu ni...senang sket..xya nk angkut2 kan..

kat bawah ni cara aku bg EBM kat BS...aku buat numbering...senang BS nk guna yg mana dulu, sbb kadang aku campur kan EBM beku dan yg fresh..so yg fresh aku buh number yg last...kalau xhabis bole simpan utk esok...EBM beku bila da cairkan kena habiskan dalam masa 24jam...so kalau tak habis kena buang la...



Untuk cairkan EBM..selalunya aku keluar dari DF susu pada malam hari...letak dalam bekas berisi air then letak kt peti bawah...so bgn pagi sure susu da cair, dan boleh lah masukkan dalam bottle utk di bawa ke rumah BS...jgn bg plastik2 tu trus...kite kalau bole nk menyenangkan BS kan...da cukup syukur BS nk handle EBM kite tu...Alhamdulillah BS aku tu ok...xde pun cerewet nk handle EBM...syukur sgt....

Lagi satu cara nk cairkan EBM, kalau xsempat nk keluarkan malam...pg tu kite just lalukan bawah air paip je...bukak kecik2 then tinggalkan nk mandi ke bersiap ke...tp ni membazir air la plk kan....huhu...tp yg xboleh cairkan trus direct ke warmer....tu salah...yela da beku trus ke panas...xboleh, takut nutrient rosak...Susu ibu kan terdiri dari sel2 hidup yg sgt fragile, so kite kena handle dgn cermat...dari beku ke liquid then baru warm...

yg ni cooler bag dari office...ni sume masuk dalam bottle sbb esok nk outstation ke KL dua hari sbb tu kumpul  fresh EBM utk masa Myiesha ditinggalkan...klau xcukup baru guna EBM beku...

Thursday, May 5, 2011

EBM bulan 4

Alhamdulillah ada lagi rezeki Myiesha utk bulan April ni....masa ni aku masih lagi mengepump 3 kali sehari..time keje aku pum...balik rumah ada pengepum yg setia menunggu...so hari2 kepum2 la aku...nk diet pun xboleh...sbb klau konon2 catu mkn mesti macam nk gigit orang...sebab rase xpuas jek...hahaha...padahal dulu aku org yg paling malas nk makan...sekarang dah jadi sorang mummy pemakan...kahkah..sampaikan hubby punye makanan pun aku curik....ape punye bini la...haha...pastu bising perut muncit suh hubby beli kan baju slimming "ala2 korset" tue....bile la dia nk belikan nih...hohoo

eh salah tajuk plk...hmmm skang Myiesha aku bekalkan ke uma BS 5 botol 4oz EBM...tapi slalu dia minum 4 botol jek lagi satu simpan kat sana utk esok...so hari2 yg berikutnya aku bawa 4 botol jek la...utk rotate yg no last tu....n skang aku tgh gigih nk habeskan EBM bulan Januari...eh bukan aku yg gigih minum kasi habis...tp aku suh Myiesha minum...3 botol akan aku isi ngan  EBM Jan...yg len fresh...sbb dia dah start makan bole la aku bg lebih stok yg beku tu...xsampai hati plk nk g buang stok jan tu nanti....

Sebenanye aku pun xsangka dapat kumpul stok macam ni..n xsangka aku dapat bg full susu ibu sbb dulu saje je masa peknen suke baca info2 pasal BF nie...n suke2 la try beli gadget2 utk mengepump...n suke2 gak nk pump time keje...then Allah memudahkan jalan aku utk fully BF anak aku..so aku pun happy nk teruskan penyusuan susu ibu nie....yg masalahnya skang cik bam ku tu xmo minum guna botol klau aku ada dalam rumah walau aku tgh menyorok dalam almari...macam ada bau kot...dia tidak mudah tertipu bile papa yg bg...adehhhh bencikkk tau Myiesha...nk gak berkepit ngan mummy walau mummy xmandi lagi balik2 keje tue...hohoo...

 stok eskrem yg bakal digunakan pada bulan 10 nanti...harap selamat la hingga ke masa itu
 beg stokin & donut pun jadik lah...
 ni ar budak yg da byk akal..pantang tinggal kejap..ada je kerja dia...mummy xajo pun dok bawah krusi nak oi...bile sergah sengeh2 plk yeee...babab kang montot tu!!!!

Monday, April 4, 2011

update my journey

post ni bukan ape tau...aku takut2 nk post sejak satu isu tu jadi HOT sejak dua menjak ni...post aku ni xde kena mengena ngan sape2 tau...post ni hanya di dedikasi kan utk my dotter bambam Myiesha Erieyna...entry ni utk menghapdet my journey dlm menyusukan my princess ni...sbb aku pun xsangka aku dapat buat smpai ke umur dia 5bulan lebih dan Allah mengurniakan rezeki yg cukup untuk aku dan anak aku...sebab bulan 3 da habis dan sudah masuk ke April aku nk hapdet eskrem2 myiesha ni....aku risau Myiesha skang xmo minum sgt bile waktu siang kat umah BS...jumaat lepas dia muntah maybe xsedap perut...doc kate maybe perut masuk angin sbb aku gtau siang dia minum sikit2...tu yg demam on off...dia punya poo poo pun agak berbau pastu...n kaler x kaler kuning cm BF baby mcm kaler ape pun aku xtau nk kate....tu yg aku suspect ada something wrong...nk kate salah makan...aku xstart solid food...risau gak...dah la wekend smlm aku keje..kena mengajar...hubby aku jaga asik meragam je...susu pun xmo sgt...huhu...harap cepat la baik dak bambam tu...tp dalam xsihat tu...masa g jumpa doc, timbang da 8.8kg...hari tu genap 5bln baru 8.4kg...dlm 2 minggu da naik 400g....xpe la sayang yg penting anak mummy cepat sembuh.....



ni stok terkumpul untuk bulan March tp aku xkira plk ada bape...bole gitu, malas betul la aku ni...hadoi...eskrem2 bulan 3 ni dah masuk dlm plastik, pasni tray ni nk kumpul stok bulan 4 pulak....Moga aku sentiasa di murahkan rezeki..walau xbanyak tp cukup la utk anak aku tu...

Friday, March 11, 2011

Hadiah Istimewa untuk Myiesha

hari isnin baru ni kan aku g outstation KL 3 hari...klau tak kena g seminggu...tp di sebabkan ssh xde org nk jaga myiesha lama2 time malam hari tepakse la aku g 3hari je...tu pun 1st nite akak satu office sudi nk jaga...2nd nite papa dia bole jaga sbb cuti...3rd nite seb baik aku da balik...bukan pe xmau la susahkan orang lama2 kan....lagi pun papa dia shif malam..klau siang bole dia dia jaga...huhu...aku walau berjauhan rindu kat anak tp tdo malam tetap lena...ye la ngantok bt pe tahan2...bek tdo lg sedap...hihi

So far sepanjang aku oustation Myiesha ok je...tdo malam xbgn pun bila aku xde...alhamdulillah baby2 sekarang ni mmg cerdik nk sesuaikan diri dgn keadaan sekeliling kot....sblm dia nk tdo bebetul malam tu Myiesha pulun minum selang bapa jam...sampaikan kak zah kate sblm tdo 4 botol susu 4oz dia minum...botol last ke5 minum bgn tdo kul 6am....seb baik aku bekal kan EBM 5botol masa tu...(4botol fresh EBM+1botol EBM beku)....kat BS memang aku da bg stok utk isnin dan selasa 6botol EBM fresh+2botol EBM beku....

Hari kedua malam papa Myiesha jaga...xrisau pasal susu, klau xcukup dlm freezer byk bole ambek je...sebenanyer nk thanks byk2 kat cik abg syg sbb berani kan diri juga nk jaga Myiesha malam hari dan hari rabu pun cik abg yg jaga xhantar ke rumah BS pun...agaknye dah rase seronok kot bila tgk Myiesha elok je menyusu dr botol yg dia bg...slalu tgk je Myiesha direct feeding ngan aku...n klau aku ada mmg dia reject botol walau papa dia yg bagi...demand kan....kecik2 da demand...huhu...tp ada satu yg papa2 di luar sana xpatut tiru...ada satu feeding tu...cik abg bg EBM yg di panaskan dlm warmer dr kul 10malam, bg kat anak dia masa dia bgn kul 6pagi...aduhai seb baik xde pape...okey je...alkisahnye nk bg mlm tu tp da tdo.....pastu dah xbgn2 da tgh malam...so pg2 susu tu mmg hangat je la dlm warmer trus bagi...

Ok ler...sebenanye nk cite hadiah utk cik Myiesha nie...xde hadiah best mana pun cuma hadiah ikhlas ni je dr mami utk Myiesha...setiap masa, setiap saat mami xpernah lupe tanggungjawab sbg seorang ibu...kerja wajib tiap beberapa jam utk hasilkan hadiah utk si anak...hehe...inilah dia hadiah yg di buat selama 3 hari...mami da macam jadi penghantar pizza je...org pizza usung Hot bag....tp mami usung Cooler bag...haha








Sepanjang 3 hari mami hasilkan 8oz X 12bag je....xbanyak pun tp ni je la yg mami mampu beri...moga anak mami peroleh kesihatan yg berpanjangan setiap masa.....