Tuesday, October 23, 2012

100% BF wean off at 2 year old Myiesha

Alhamdulillah Myiesha dah wean off dari BF
in 1 weeks time. Syukur walau hati mummy kesian nk berpisah
setelah 2 tahun jadi partner mummy walau di mana pun.
Tapi cukuplah setakat ini tanggungjawab mummy pada Myiesha,
Moga Allah murahkan lagi rezeki mummy untuk anak ke2.
Terima Kasih Allah kerana di permudahkan sepanjang 2tahun ini.

Wean off Myiesha boleh juga dikatakan mudah, walaupun pada awalnya dia
tak dapat terima untuk berpisah dgn kwn baik dia di kala waktu malam. dah biasa kan. So
Aku start kurangkan dgn 2 session je start pada isnin 15hb october 2012. Hari aku tahu aku
pregnant for 2nd. then pada 18hb cukup Myiesha 2tahun 1 session je, aku da tak offer dan akan 
leka kan dia waktu dia nak nenen.Walaupun pada awal meraung juga la dia.
 Dan pada masa sama aku tiap kali waktu tidur dia aku
gunakan teknik yang di ajar dalam MMR (sila clik for detail). Bercakap dengan dia di kala gelombang 
otak dia di fasa Theta dan delta, pada masa tu mmg mudah dia nk terima berbanding dia berada dlm keadaan beta. Aku amalkan beberapa malam je dan syukur Allah makbulkan.
Tanpa aku buat apa2 mcm petua org2 lama yang suruh letak itu ini kat situ...hehe
Sbb aku yakin dengan ilmu baru yang aku belajar ini.
Mmg amazing, sebab byk keadaan kita boleh gunakan teknik ini.
Berbaloi.

Dan sekarang Myiesha dah wean off dr BF dan dah boleh tidur di katilnya sendiri
waktu malam. (walau di bilik yg sama).
Takde lah nk jadi pengganas lagi naik perut mummy, konker katil mummy dan papa 
lagi. Alhamdulillah terima kasih Allah atas nikmat Mu.

sayang Myiesha

Thursday, October 18, 2012

Myiesha turn 2

Happy birthday Myiesha Erieyna
Moga menjadi anak yang solehah, mendengar kata,
dan mummy doakan myiesha sentiasa di bawah lindunganNya
dan sentiasa di berkati.

Alhamdulillah, 2tahun juga Myiesha mendapat khasiat susu ibu, terima kasih Allah.
dan ini lah masa paling sesuai untuk bercerai susu. Terasa sedih juga bila tgk Myiesha resah gelisah je
bila sehari tak dapat BF. Tapi mummy tau Myiesha anak yang kuat kan.


Wednesday, October 17, 2012

Expecting for 2nd

Alhamdulillah.. sehari sebelum hari lahir aku gatal tgn cek UPT. Naluri keibuan yang mendorong aku utk test urine maghrib tu. Sesaje test tgh nk mandi tu...sekali laju je naik double line...terang tanpa di suluh. Terus mcm terketar2 pun ada sebab unexpected for the expected. Kenapa aku cakap gitu, aku mmg tak datang period sejak melahirkan Myiesha, mungkin faktor aku  breastfeed Myiesha hingga hari ini. Dan baru plan bila Myiesha 2tahun 18hb october ini baru nk pegi jumpa docter konon2 nk ty kenapa period tak kunjung tiba dah lama sgt...sbb sy n hubby mmg plan nk tmbah lagi.

Dan Allah maha mendengar dan Allah maha berkuasa, Dia dah dengar permintaan hambanya ini dan DIA bila-bila masa bole bagi . Law of Attraction, apa yg kita minta kena spesific, yakin dan serah sepenuhnya pada pencipta kita. Masa MMR hari tu ini lah salah satu wishlist saya, nak preggy pada oktober 2012 sempena besday kami bertiga.

Syukur sangat pada Mu moga kandungan ku berada di bawah lindungaMu ya Allah, Selamat, sihat, sempurna dan di permudahkan dalam mengharungi kandungan ke 2 ini seperti mana kau lindungi kandungan ku yg pertama dulu. Amin ya rabbal alamin..

My tiny little dot in mummy tummy.