Wednesday, December 21, 2011

Myiesha

Owhh my sweet baby...sayang sgt kat budak kecik nie...sekarang dia dah pandai jalan..tetibe je dia berani nk berjalan..so kagum kan perkembangan budak2 ni.. tidak di sangka2 dia pandai sesuatu..terkedek2 dia jalan mcm itik pulang petang...kadang2 laju..kadang2 perlahan....dan dah jatuh tersungkur sekali di tepi katil sebab berlari selepas melarikan baju yg di ambil dr dalam bag. Kesian my sayang ni abes berdarah bibir bawah dia..dan sekarang luka bibir dia dah jadi ulser. Tapi makan minum dia macam biasa je cuma dia juihkan bibir dia yang sakit tu. Ye la kita orang dewasa pun kalau kena ulser atau org panggil mata ikan pun sakit kan. ini kan pula budak sekecil Myiesha nie...Pagi ni hantar dia ke rumah BS menangis pulak taknak..selalu dia yg hulur tangan dulu nk pergi ke Mak , hari ni taknak pulak...terpaksa Mak dia tu panggil panggil kucing untuk mengalih pandangan ke arah aku..Kesian pulak, tapi mummy kena kerja, terus je zoommm je g kerja...

Sekarang Myiesha dah 14bulan iaitu 1 tahun 2 bulan, sekarang aku dah jarang update pasal Myiesha every month, klau dulu setiap beralih bulan aku update..hihi bukan bermakna aku da malas ye, cuma nk kurangkan je frekuensi update perkembangan tu. Myiesha masih lagi minum susu ibu, setakat ini alhamdulillah masih cukup untuk keperluan dia, itu pun berkat stok yang dah aku simpan sebelum ini. Kalau harapkan pump hari ini dan guna esok memang xcukup, itulah pentingnya stok yg kita simpan di kala susu tengah meriah. Sekarang aku sedang menggunakan stok bulan 9..dan tak pasti sampai bila boleh bertahan, dan harap lepas ni Myiesha tidak banyak ragam jika aku terpaksa tukar ke susu FM. Harap di permudahkan.

Ok lah jam dah menunjukkan pukul 5.10pm.
Nak balik jumpa Myiesha manja mummy...daaaa~~~

No comments: