Sunday, March 11, 2012

Cleaning DF

1st time aku buat kerja pembersihan kt DF aku tu...ais pun da berkepuk2 kt tepi tu, so hari ni memandangkan dok rumah je ngan Myiesha saje la rajin2 nk defross DF yang da berusia setahun itu. Aku beli DF tu pun masa umur Myiesha 4 bulan kalau tak silap, di sebabkan xde tempat simpanan susu dia, berbaloi juga pelaburan beli DF ni sebab sampai hari ni aku ada stok susu untuk myiesha, memang sgt berguna sebab skrang ni mmg byk bergantung pada stok susu, nak harapkan hasil pump aku hari2 skang ni dah kurang membanggakan. Kadang dapat 12oz kadang xsampai 10 oz...Myiesha pula hari2 memerlukan 12oz sepanjang berada di rumah BS. Next mont h harap cukup stok seminggu Myiesha di tinggalkan dengan papa.Di anggarkan memerlukan 144oz untuk jangka masa 8 hari sepanjang di rumah BS dan malam hari bersama papa. Yang merisaukan selepas blk outstation yang lama tu susu da kurang. Aku ada juga plan nk introduce FM kat Myiesha bile umur dia 1 tahun 6 bulan, bulan depan April dia dah 1thn 6bln. Tengok macam mana nanti, harap dia tak reject 100%, klau tak risau gak. Yela sejak dia lahir dia cuma kenal susu ibu sahaja bila introduce susu perisa lain tak nak pulak kan. Ada juga cerita dari kawan2 ada yg alergic la, kena sembelit la, kembung la, tu yang merisaukan. Xpe2 think +ve harap ok je nanti.

Melalut cerita lain pulak mummy mycha nih, haih...ok mula2 aku kena tranfer dulu segala harta karun dlm DF tu masuk fridge biasa EBM stok pun cuma tinggal bulan 12 ada la 2 ke 3 ketul cmtu, bulan 1 dan 2. Bulan 3 ni dah 11hb baru dpt 5 ketul. ayoooo cmne ni mmg xleh bertahan lama nmpknya. DF Kena kosongkan sebab nk cuci dalam tu, ada daun limau purut la, daun pandan la. Kasi buang tu sume. Tunggu ais cair baru lap dalam dia, tp luar DF ni aku da lap ngan kain letak sabun pun tak hilang kotor dia, nak lap guna ape ek sape ada tips nk hilangkan kesan kotoran kt penutup DF ni. Bukan kotor ape, kotor sebab habuk mcm da melekat..dah lap sama je pergi dia.


DF yang macam tongkang pecah, tgk la ais pun da tebal


ni stok EBM yang dah dipindahkan...yang bawah sekali stok bulan Feb, yang tengah tu bulan January cmpur bulan dec 2011 bape ketul terselit di situ. Yang ruang kecik atas sekali tu bulan ni punye March, baru bape ketul tu, da tengah bulan br dpt sikit. Ayayai...

Tuan punye susu yang nak masuk 1tahun 5bulan minggu depan. Ni tengah siap2 nk g tgk movie SeeFood...1st time bawa tgk crite cartoon, kalau tak asikla tgk crite org dewasa.

No comments: