Saturday, April 28, 2012

4# Travel with EBM from Australia

Ok hari ini saya nak cerita berkaitan travel membawa susu ibu dari Coff Harbour -Sydney - Klia - Senai Airport. Wow dengar macam lama kan. Memang lama pun, dengan regulation yang sangat strict di sana kami tawakal sahaja untuk membawa pulang susu berharga tu. Sebenarnya susu tu majoriti kawan yang punye. Dia baru berjinak-jinak dengan dunia breastfeeding ini. Susu mummy mycha cuma sebahagian or bape kerat je untuk saya yang tengah berada di zaman merudum ini. Iye saya datang cik P menginjak usia anak 1tahun 6bln dan kebetulan sebelum pergi training, so bayang betapa merudum nya keadaan semasa itu.

Ok2 takmo sedih-sedih. Semasa di Coff Harbour kami terpaksa meminta izin en bos di hotel untuk tolong simpan susu dlm freezer yang lebih besar, di sebabkan beberapa hari mengepum freezer di dalam bilik hotel sudah full dengan susu dua orang emak budak ni. Susu di simpan di dalam plastik tebal sebelum di serahkan ke dapur hotel. Yela takut dalam freezer tu macam-macam ada manala tahu kan. Kat negara yang kurang makanan halal takut tercampur kan. So baik buat protection awal-awal. Hari habes training, kami akan ke Sydney satu malam sebelum balik ke Malaysia. Domestic flight dari Coff Harbour ke Sydney memakan masa 1 jam lebih. So tidak risau sangat di situ. Kami minta ice ketul-ketul dari hotel untuk preserve susu kekal beku. Dan cooler box pun sudah di beli di sana dengan harga 45AUD..pehhh sila convert, tepakse beli sebab tak jumpa polystyrene box yang kaler putih tu. Tapi bukan aku yang beli la Kak liha office mate yang beli. Ni kire kisah dia la tapi aku tolong cerita kan untuk panduan orang lain yang memerlukan.

Regulation di sana tak boleh guna ice untuk travel, kalau ice kering bolehlah. Nak dapat ice kering ada area sydney, tp tak beli sebab sangat mahal and min bape kilo tah kena beli. So untuk ke Sydney kami letak je ice biasa n tabur dengan garam untuk maintain. Sebab ingatkan domestic flight ok je. Sekali bile nak check in kat airport dia suruh buka cooler box nak cek. Staf tu nampak ice je suruh kami buang di luar. Dengan kedek-kedek tepakse la angkut bag semua keluar untuk clear kan cooler box tu dari ice-ice yang ada. Sedih juga la sebab risau susu cair. Sebab chiller memang tak bawa banyak. So tawakal di situ. Keluar hotel pukul 10am smp Sydney around 3pm. Sampai-sampai terus keluarkan susu dan minta kebenaran hotel situ pula untuk simpan susu. Nasib baik hotel-hotel sana baik hati takde banyak songeh untuk simpan.

tengah keluarkan ice di luar airport. 

susu tumpang sini dulu ek. Dok diam2...orang pandang pun buat xtau je

ok pack balik, so susu paling atas tu wrap dengan paper sebab yang tu belum beku. So wrap supaya susu-susu yang beku di bawah tak ikut cair. 

Ok itu cerita dr Coff Harbour ke Sydney, kire kurang mencabar la. Dari Sydney ke klia dan Senai johor bahru plk di anggarkan 20 jam. Masa di kira dari susu di keluarkan dari freezer. Wow sangat lama, risau sudah mula keluar di situ. tapi still fikir positive dan bayangkan sahaja susu still beku smp ke rumah nanti.
Kami risau sebab susu just letak chiller yang berapa ketul sahaja di dalam cooler box. Kami just lapis-lapiskan dengan baju untuk halang udara. 1st lapisan letak baju then letak susu dalam dua lapis n lapis-lapis kan lagi dengan baju smp habis. Dan ruang-ruang yang ada diatas penuhkan dengan paper amek di lobby hotel. Kerja-kerja susun susu ni kami buat kat lobby hotel je. Buat muke tak malu je buat kecah di lobby hotel.

Pukul 4.30pm kami dah keluar ke airport dan flight jam 9.40malam. Eh lupa cooler box tu kami masukkan dalam bag baju kak liha, nasib baik bag dia besar n muat-muat cooler tu. Ikutkan tak muat pun tapi kasi sendat, di sebabkan malas nak banyak tanya semasa di airport. Yela klau bawa cooler box obvious sangat bawa benda fragile dan sejuk. So masukkan dalam bag dan celah-celah yang ada letak baju, kire macam insulated gile la. udara pun susah nk masuk. Ok maka bermula la perjalanan selama 20jam bag susu itu ke JB. Transit di klia jam 4.30am ikutkan jam sydney dah 7.30am. So kena tolak 3jam di situ dan bertambah la masa susu di dlm kargo. 

ok pendekkan cerita di Senai Airport semasa scan bag dia detect something pada bag susu. Kami da cuak juga la tp dah kurang risau sebab negara sendiri. Cuma en immigesen tu cakap akak bawa ape ni "Ubi ek" haha nk gelak pun iye. Dia suruh buka n buka je la, kire ni dah berdebar2 bukan sebab takut kena tahan. tapi berdebar-debar nk tengok susu. Selamat or tak. Then ALhamdulillah masih keras dan tidak cair pun.

Kire berbaloi segala usaha dan muke tak malu kami tu bila tengok susu masih keras. So ape pun untuk sesiapa yang berniat untuk bawa susu ibu kena ada planning dan yakin supaya dipermudahkan. moga rezeki anak ada sentiasa.Aminn

susu selamat sampai ke johor dan masih keras dlm anggaran 24jam

Terlupa untuk ambil gambar step by step, nk cepat n kalut juga pun iye....

1 comment:

Norhadar Taharuddin said...

.:: Perghhhh!!! Cabaran membawa susu ibu selama 20 jam!!! Congrats!!! Berjaya juga bawa susu balik ke JB dari Aussie... Boleh jadikan panduan nieh... ;)::.