Tuesday, April 24, 2012

2# Day 1st

Ok lah hari ni curi2 masa untuk writing, cehh da mcm writing journal plk. hehe Kami sampai di Sydney 15 April   2012 waktu pagi, dan harus ke Domestic Airport T2 untuk sambung perjalanan ke Coff Harbour, Kalau naik kereta 8 jam naik flight 1jam lebih. Nasib baik ada couple india muslim kire resident Australia dengan baik hati tolong hantar kan kami ke terminal domestic, sebenarnya kami kenal dr klia lagi, diorang otw dari Mauritius untuk balik utk bali oz.  So untuk menjimatkan masa dan menghabiskan duit naik la flight yang belum d booking tu. Macam kt sini juga la kan, klau beli last minute harga mahal hampir AUD 400 untuk 2org pergi sahaja. Hambek ko. kekeke...
Ni la dia Uzma namanya. baik hati nk tolong kite org yg xtau ape2 tu. Kire save budget la ada yg hantarkan free of charge.hihi

Hari tu juga kami amik flight terus ke Coff Harbour dalam pukul 12pm sampai la kesana. Nak jadikan cerita sampai2 Coff Harbour terus la ke nk ambil bag, tunggu punye tunggu tak berkunjung tiba. Ala2 muke dah keciwa trus ke kaunter Virgin Australia tanya bag saya nape xdeh nih...dah berjanggut tunggu. Dengan kedek2 nya dia g la cek kat system, tp xde jawapan. Dah la penat kan..dua harian tak dpt meluruskan badan. Boleh pulak dia kate xleh detect bag aku yg cun tu. hmmm hampa kejap, terus aku marah ar cmne bole jadi gini. Dia say sorry n bgtau petang ni ada lagi satu flight ke sini n kalau ada dia hantar ke hotel. Ha bagus la jgn xde petang ni sudah, kang tak pasal2 pegi training dengan baju yg harum semerbak tu. Ehh xla busuk cuma dah xbest la pkai baju yg sama. Sudahnya hasrat smp hotel nk terus masak tidak kesampaian sebab sume benda dalam beg. Bila check in hotel lenggang kangkung la ala2 rumah dekat je xbawa baju banyak. Rupanya benda ni da biasa berlaku kata Warren, eh lupe nk kenalkan..Warren ni tokey Quality Inn Hotel ni. Aiyoo boleh plk dah jadi kebiasaan. So terpaksa la pegi supermarket mencari sesuap makanan...

Ni saya tengah marah staff Virgin yg cuai. Lu ni kalau hilang wa punye bag wa saman lu 2juta dollar tau...

tepakse jalan kaki dengan tak mandi pegi beli makanan.

Sampaikan orang pun takmo tumpangkan sebab muke tak siap...Cleanser dalam bag hokey.

Janji dapat makanan untuk mengisi perut yang da berdangdut...eh ketupat mini tu bw dr mesia, ni lepas bag da smp petang hari yg sama. Combine makanan yang dibeli dan yg di bawa dr rumah.Nasib baik tak kena buang masa kat airport.

Nak cerita kenapa cuak sgt pasal makanan homemade yang dibawa, Australia sangat strict dengan makanan yang dibawa terutama homemade dan raw food, yela klau ikut food act dia pun dah strict lagi la nk bawa makanan ke sana. Dan dari pandangan mata saya orang-orangnya kurang mesra dan agak rude. Kluar je dari flight dah menunggu security macam kita semua pesalah, dengan kasar suruh semua buat satu line untuk pemeriksaan, tetibe datang anjing besar kaler hitam untuk check kami semua. Sorang2 dia cium wahh aku da seram tengok gigi anjing tu. Nasib baik la dia tak gigit aku haha..dah lepas pemeriksaan ada lagi security tahan kitorang ty datang sini nk buat ape, kerja ape kat malaysia, siap nk bukti nasib baik aku bawa name card. Lepas check out ada lagi satu pemeriksaan ke atas bag2 yg dibawa. Yang cek anjing lagi, kali ni dia cium beg2 yg dibawa. Tak tau ape yg di cari, kami lepas walau bawa home made food, agaknya klau aku bawa durian ngan petai mau anjing2 tu melompat atau pengsan. wakakaka...



To be continued....

No comments: