Wednesday, April 25, 2012

3# Day Training

oh ye aku pegi Australia sebab pegi training ye bukan pegi sesaje jalan2, kalau jalan2 tak kot yela pegi meninggalkan anak suami (macam janggal selalu ayat 'meninggalkan anak isteri"). Aku pergi berdua dgn kak liha yang baru habis pantang 44hari. Pantang2 pun jalan xhengat hihi..kesian baby dia kena tinggal, untuk anak dia yang ketiga ni kak liha mmg da niat nak fully breastfeed so kire mencabar la buat kali pertama mencuba dan terpaksa ke oversea, dan lagi mencabar pergi ke negara yang sangat strict tentang membawa susu ibu naik flight. Owhhh cerita pasal membawa susu ibu dari Aussie balik ke Malaysia akan saya cerita entry lain ek.

Nak cerita pasal training ni kami training 3 hari berkaitan Wastewater Management, 3 hari pun dah rasa macam lama gila tak sabar nk habis. Training yang kitorang pegi ni bukan 100% bidang yang di cari, kire ada la percent dia untuk di gunakan dalam field kerja kami. Ok la dengan niat nak menambah ilmu, lain kali klau orang tanya berkaitan wastewater management dan analisis2 yang boleh dilakukan boleh la jawab siap dengan references. Tak de lah jawab ala2 je. Content training ni ok, di ajar oleh pengajar yang expert dalam bidang ini. Sorang dari Newcastle universiti Prof Phillip Geary dan sorang lagi private lab Lanfax Lab Prof Robbinson. Tapi yang aku kurang faham bila Rob bercakap atau penduduk setempat situ bercakap, kire communication tu slow sikit nk sampai, cakap laju MasyaAllah xde non stop satu napas nak habiskan ayat dia yg panjang siap slang2 yg meleret2 dihujung. Aiyoo macam orang bengap je plk rasa. Kalau Phil mengajar dan bercakap ok tak de masalah ala2 slang UK sebijik2 senang sikit nk faham n nk berkomunikasi. Kalau tanya2 soalan pun lebih suka ty pada Phil. huhu lantak la dia terasa ke ape.

ni Incik Robbinson hehe jangan mara ek sy tulis pasal u dalam blog i...hehe

My group nie..budak depan tu sangat bersemangat
Semua gagah perkasa kan..g class pkai short pant je diorang nih. Kebal dah sejuk2 kot. Baju putih depan tu  pujaan kak liha hahaha mati aku klau dia baca. Tengok la body, mcm bod builder.hehe
ni orang depan kitorang, bila dia buat gaya gini kak liha terkenang kan seseorang yg dulu satu unit di IBD, wahhaaa jgn dikenang barang yang dah lepas kak. hihi
tu incik Phil, dia kate nk datang Malaysia isnin ni, nak pegi UTM dan UTHM. 
Welcome to Malaysia Mr Phil

Makanan di tempat triaining adalah sangat menduka citakan sepanjang 3 hari di sana. Wow ala2 kebulur kami berdua, lagi2 ada mak budak baru abes pantang, kire ada kejutan perut la sebab kurang makan. dengan kembung2 perut lagi nk tunggu kelas habis. Dah bagitau kat diorang kami punye dietary requirement, tapi sama je. Hampa di situ. Bayang setiap hari menu yang sama, pagi slice of cake, lunch SANDWICH!! ok aku besarkan tulisan di situ tanda tidak puas hati, dan high tea cuma makan buah bape kerat dan biskut cicah dalam 2 pinggan share beramai2. Wahhh hari last protest xmo makan. Ingat kitorang je xpuas hati, rupanya participant lain pun xpuas hati, xde heavy meal langsung. Hari last dalam evaluation form memang kena kaw2 la. Semalam aku datang kerja dapat email dr diorang say sorry tentang komen tersebut. Ha tau pun, lain kali bagi la makan nasi minyak ke, ayam masak merah ke, nasi tomato ke baru berselera.

Ala2 gini la sandwich yg dihidang SETIAP hari dah la tak banyak campur2 dengan ham terus loya. Padahal hari 1st da makan tp ambil yg sayur je, 

Ni makanan paling sedap la kirenya kat sana. Masak ala2 nasik lemak tak siap. Apa ada je. Jadilah kan. Siap sorang 2 biji telur. Haha makan tak hengat

Di sebabkan itu setiap hari balik kelas terus masak nasik satu periuk, haha. Habis training pukul 4.30pm dah nak gelap, 5.30pm da maghrib kedai2 kat sana pun banyak da tutup, pukul 8 malam da tutup tak sempat nk jalan2 dengan syoknye. Tapi hari kedua ada sorang yang baik hati nk bawa kitorang jalan2 area Coff Harbour, sangat cantik laut dia. Jap bagi tengok gambar.

Coff Harbour Jetty
Di waktu petang dan hujan lebat. Sanggup pergi walau hujan.

Katherine yang baik hati bawa kami ronda2..Thanks so much

Lookpoint = kat sini bole tengok view laut yg sangat cantik. Tak bole feeling2 lama2 sebab hujan makin lebat.
Sebenarnya nk tunjuk rumah belakang tu. Cantik kan, kemas je mcm rumah model, Tapi rata2 semua rumah kat Coff Harbour macam ni la, tak de rumah tinggi2 ala2 balik kampung yang nyaman. Banyak lagi tempat2 menarik kat sini sebenarnya, boleh naik kapal tengo whale, pengguin tapi tak sempat la sebab hari khamis nak ke Sydney pulak. Ok jom terbang ke Sydney....


No comments: