Holiday Inn Double Single bed AUD195per/night
Ok sampai2 je Sydney kami terus check in da terus keluar, dah la tak tau jalan kan, gamble je tgk map. Di sebabkan kelaparan dan kami tak tau mana nk cari Halal Food, kami makan makanan instant di 7 eleven. Sebenarnya masuk 7E nk ty cashier tu mana ada Halal Food. Dia tak tau pulak, so ternampak kotak nasi n lauk ayam instant. Terus beli n guna microwave situ. Dah masak trus ngap, makan nasi berdiri tak pernah di buat org. Hoih tak baik ok makan berdiri, boleh di buat ketika darurat je.Lapor2 sodap je semua sampai lecur lidah sebab nk cepat abes. Dah dua kesalahan di sini, Pertama : Makan nasi berdiri Ke dua: Makan panas-panas. (Aku pun lupe baca doa makan ke tidak time ni).
Kak liha tengah nk masak nasi...haha muke tepakse sebab dah lapo
Indian Butter Chicken pon sodappppp
Ok lepas tu terus cari jalan nak ke Cockle Bay, dalam tengah jalan tu ternampak la pulak Malaysian Cuisine tapi belum buka, Kedai ni buka time lunch hour dan Dinner sahaja. Punctual kan diorang, klau nak makan ikut time, kalau kite xkisahlah nak lunch pukul berapa n dinner pukul berapa kedai sentiasa open. Res yang kami jumpa Malaysian Roti & Sate, punye fikir Roti ape ek, dah pk2 sedalamnya baru tau...OWhhhhh Roti Canai lahhhhh!..sambil tepuk dahi. Ok simpan dulu malam nanti balik jalan kite singgah untuk Dinner.
CLOSED...mamak di Aussie
Jalan kaki ke Cockle Bay, dekat je dengan Hotel
Batu Keras Sydney
Jalan-jalan Shopping sampai tak perasan dah gelap. Perut pun dah lapar dan terfikirkan Kedai Mamak.Ok jom kite pergi Dinner. Nak makan banyak2 balas dendam satu hari tak makan. Kat sana makan ikut suke hati. Time makan tak tentu. Perantau la kate kan
Sampai sana je tengok kenapa ramai sangat orang, Rupanya ke Q sebab dah fullhouse. Aiyooo glemer gak kedai mamak di sana ek. Tiap kali orang lalu je mesti diorang bercakap. " Ramainya kedai ni mesti makanan dia sedap" (dlm english la kan..ni dah translate). Mat salleh, indian, chinese, Malay (kami la tu) semua beratur. Sanggup menunggu. Kedai ni orang china yang masak. Rasanya tuan punye cina Malaysia kot.
Kena beratur pun happy je muke ek..
Muke gembira da dapat makanan macam kt Malaysia. Mamak pun mamak la. Padahal kalau kat sini tak pandang pun. Siap geli2 lagi nk makan. Kat sini ok la bersih.Jadi macam yakin sikit nk makan. Kami order mee goreng mamak, nasi lemak dan roti telur. Teh ais n milo ais. Harga tak payah pikir...haha..
Lepas tu terus balik bilik dan pengsan, plan nk kluar bilik pukul 6.30am....ok kite tengok
(to be continued....)
No comments:
Post a Comment