Sunday, January 8, 2012

Mini akuarium application dalam hp ku

Tajuk entry yang panjang kali ini berkaitan app baru dalam hp Nokia E71 yang di hadiahkan oleh suamiku masa tahun 2009 kalau tidak silap. Semalam aku g leisure ngan Myiesha, Fashya+Husna, Kak Nani+Kasih dan Afni+dani pergi main air dekat Starhill Resort. Memang seronok melayan anak, masuk-masuk je dah ternampak slide dan cendawan pancuran. Wahhh terus rasa tak sabar, tukar swimming suit anak, ambil-ambil garbar barang 2 3 snap terus masuk hp dalam poket seluar mandi aku tue...

Sampai tepi pool, terus cecah-cecah kaki dalam air, ngesot sikit-sikit masuk dalam air dan walla dah tenggelam sampai pinggang. Myiesha pun teruja dan seronok dapat rendam lagi la aku suke dan bawa dia lagi ke tengah pool...Seronok, dah la tak ramai orang sangat best nak mandi sakan. Sekali terasa ada benda kt seluar dan terus rasa panik yang sangat-sangat. Owhh my...my handphone!!!!!!....terus keluarkan dan tengok ada application baru ni...free pulak tu. Akuarium mini...wow...mati...basah kuyup berendam, tak tau bole selamat lagi tak, nak bagi CPR pun da lupa sebab panic, terus buka-buka dan jemur. Nasib cuaca terik semalam, dan sampai ke hari masih di jemur. Tak tau la macam mana, hp fashya jenis sama masuk air liur anak pun dan Inalillah, apatah lagi aku punye siap air bergenang di dalam skrin.. Redha aje lah kalau dia dah kojol....

Itulah kisah yang menyayat hati yang berlaku semalam, bak kate orang kalau suke jangan nak seronok-seronok sangat nanti sedih. Kan dah sedih sebab hp masuk air, tapi mandi tetap mandi. takdelah nk meratap kat hp tu lama-lama.hmmm sedih juga lah....

Henpon ke tiga aku dalam hidup, sebab aku bukan lah jenis yang suke tukar-tukar handphone. Sedih harap dapat di selamatkan lagi lah...

1 comment:

ღnFashyaღ said...

I can feel uuuuuu.. Hp yang sama pemberian suami. nasib Hp pun sama. Mati sebab AIR. Sabar jela. Kalau tak boleh diselamatkan, memang setakat situ jela hayatnya. Dah lama redha.. Uwaaaaaaa...