Tuesday, January 31, 2012

Ana muslim










Ragam Myiesha...dia sibuk nk pkai ni bila nampak mummy nk solat...sebok dia ambil ni lilit2 kat leher...Jadi mummy pun pakai kan n cakap cantikkknya Myiesha...trus dia jalan2 pusing2 kat hall....


***********************************************************************************
Semalam Myiesha sayang injured kat rumah BS, Kepala dia terkena serpihan siling sebabnya anak BS yang form 5 panjat untuk tengok tangki air yang melimpah, mungkin sebab pelampung tu da rosak ke ape kan. Mak dia da pesan tgk je jangan buat ape2, tapi nk di jadikan cerita "Malang tidak berbau"..anak dia tersalah pijak agaknya dan jatuh ke lantai...dan Myiesha terkena serpihan siling tu  di kepala. Itu pun BS dia baru perasan, sebab xnampak luka kat mana masa Myiesha menangis. Bila dah lama sikit br nampak luka di kepala, Nasib baik bukan terhempap di bawah tempat yang runtuh tu...Nauzubillah harap di jauhkan. Terbayang-bayang juga la kalau Myiesha yg ada bawah tu. Luka pun tak dalam melecet di kepala, bengkak pun takde harap ok jela Myiesha. Risau juga sebab kepala budak kan kena benda mcm tu..Harap perkara macam ni takkan berlaku lagi. BAHAYA okeh...Ni kira injured ke dua la sepanjang di rumah BS..yang sebelum ini pun ada post kt sini pasal muka dia calar balar.




Thursday, January 26, 2012

Handbag

Sekarang ini Myiesha ada habit baru, baru je beberapa hari dapat habit ni. Sebelum ini dia suke solongkar handbag aku n purse aku, habis semua dia kumbah keluar, segala isi dalam tu dia sebok belek, sangat tekun plk tu. Tapi sejak dua menjak ni dia suke sangat angkut handbag aku, dari yang ringan sampai yg berat dia nk angkut, dia dah la kemetot pastu pi hangkut beg aku ke hulu ke hilir dalam rumah tu...ke dapo dia bawa..ke hall dia bawa..masuk bilik dia bawa, agak2 malas sikit dia seret jek handbag mummy dia yg cun tu..

Adoyai anak, nasib baik anak. Dari nak marah dah jadi lawak, gelak-gelak juga la tgk perangai dia tu. Bila ami ngan papa gelak kuat, dia tgk muke kitorang dgn muke pelik, pastu dia pulak gelak beso. Amboi orang gelakkan dia, dia gelak balik ek. Handbag aku dah la comot yg satu tu, dia angkut, seret gitu mau lagi comot, saje nk suh mummy shopping bag baru ek..hai udah2 la hr tu henpong masuk air masa bw myiesha g swimm (eh salahkan anak plk, padahal mak yg xsabo mau terjun)...hihi..ni mau suh beli handbag pulak. Jadinya handbag yg satu tu jd hak dia la. Lantak pi la asal ko bahagia nak. Paling kelako klau xlarat konon nk senang angkut handbag tu dia pi sangkut tali tu kat leher dia, dah macam pkai rantai okeh. Dah tergantung2 kat leher, maka dengan senang hati la dia merayau2 satu rumah dengan handbag di leher. Tah ape yg dia minat sangat tak tau la..Lepas ni xtau la dia suke ape plk...

Ha..lg satu Myiesha da pandai panggil aku...dia panggil amiiiiii....tapi kadang dia sasul papaaa gak kt aku.adehhh...ape pun cayang dak mucukkk sorang ni...penghibur hati mami n papa.
budak manja mummy

Tuesday, January 24, 2012

Hari ini buat ape

Hari ini last holiday CNY..pagi tadi selepas Myiesha bangun tidur terus siap-siap kan dia untuk keluar berjalan. Tak kemana pun, cuma ke Jusco Taman U yang berapa langkah da sampai tu. Sebab papa hari ini pergi kerja dengan kawan dia, tinggalkan kereta untuk mummy bawa Myiesha keluar sebab nanti asik cakap bosan je duduk rumah...hehe. Baru 4 hari berlatih jadi suri rumah tapi da rupa macam ini, rasa macam takde benda nk buat. Kalau betul-betul jadi surirumah aku taknak jadi surirumah yang goyang kaki je. Paling-paling pun aku nak buat sesuatu, biz dessert ke, buat biz menjahit manik ke (cehhh mcm reti je bercerita ni)...tapi kalau dah xde ape kerja minat gak...haha..Tapi lebih baik aku kerja je macam biasa, tak la cik abang tension tengok bini dia cam org tak betul sebab kebusanan kat rumah.

Aku hari ni bawa Myiesha g main-main kat playground jusco je, yang dekat arena tu. Nasib baik dia tak lasak sangat berlari tak tentu arah, aku suruh dia main gelungsur yg satu jenis tu je. Sebab malas aku nk kejar2 dia bila dia nk main semua jenis permainan. Dah la budak-budak kat situ main lari-lari, takut terlanggar je anak aku tu. Tau la badan dia macam belon, tapi kalau jatuh (ayat Myiesha "jatuuuhhhhhh") dan bila dah jatuh nanti dia sebut " aduuuiiiii" lawak betul anak aku sekarang ni...kalau sebut tu je xpe, kalau nangis abesla spoil mood berjalan dia nanti. Lepas main trus beli nasi ayam Honey BBQ yang sejemput je ayam dia kat arena gak harga RM6.30 okey walau ayam sejemput. Selalu aku tak beli, tapi sebab nk bagi Myiesha makan aku dengan rela hati beli juga. Berselera juga la Myiesha makan, sebab da penat main kan. Lepas makan round2 lagi jusco, g area depan KFC tu, dapat agak tak ada ape depan dia. Alaaa permainan kanak-kanak yang masuk token pastu gerak-gerak, aku saje bagi dia main, panjat semua tu, nak masuk token mmg tak la sebab dia bukan tau pun benda tu harus bergerak klau nk main. So biar je dia seronok pusing2 stereng. Tapi dah rezeki Myiesha ada plk mak budak yang ajak join naik kuda dia. Kuda tu ada 2 ekor sekali gerak, anak dia sorang so lagi satu seat kosong dia pelawa Myiesha naik. Suke dia jangan addict dah la. Naya nanti..

Masa awal-awal sampai tu aku bawa Myiesha pergi MPH dulu nak tengok-tengok buku. Aku dapat voucher RM200 dari kerajaan Malaysia. So plan nk beli buku kanak-kanak, sambil-sambil nk beli stationary. Syok gak ek dapat voucher ni. Terima Kasih PM sebab bagi voucher untuk student di Malaysia..

Balik rumah terus tidur sebab penat bermain di luar, kalau main kat rumah lambat sikit penat dia sebab ruang terbatas kan. Esok da mula kerja, pada yang balik kg mesti jam nk blk rumah. Selamat memandu okay pada yang berjalan jauh tu..

ni gambar masa jalan-jalan ke Hutan Lipur Ampang minggu lepas

Wednesday, January 11, 2012

Myiesha 14month23days

Sekarang anak mummy ni kuat mengajuk, kopipes apa sahaja orang buat, sangat bahaya kalau dia terikut benda tak baik. So aku da pesan kat papa myiesha jadi role model dan ajar yang baik-baik sahaja. Aku sebagai mummy dia pun harus tunjuk yang baik baik dalam mengajar dia, walau dengar agak susah tapi aku akan cuba sedaya upaya. Tapi biasalah benda yang tak elok la dia nak ikut, Contohnya bila kite geram kat dia, dia akan jerit dan buat muke geram balik kat kita. Bertuah punya anak. Bile kite bercakap kat dia, dia ikut balik mengikut rhythm yang sama walau butir butir perkataan dia tidak jelas. Dah pandai menjelir-jelir lidah, sape lah ajar tue..

Perkataan-perkataan lain:-
papa : pappaa
mummy : maa (geram je kan..papa je slalu dia sebut)
nenek: nenet
tidak ada : tade
nak: nak
makan : mamam
minum : numnum
jom : jom
kakak : kakak
baby : bb
Bear : bebe
Kasut : tacut
Hello : eyoo
bye : babai

Banyak benda juga yang di dah faham bila kite suruh buat:
1. Baca doa sebelum makan = duduk je kat seat makan dia trus angkat tangan nk baca doa
2.Ambilkan book yang ada gambar bear and ball = dia ambil buku yang betul
3. Pakai shoes = dia g ambil kasut dan nk pakai, nak pegi jalan je sibuk cari kasut
4.Makan nak pakai sudu garfu ok....abes terabur je kt lantai
5.Nak mandi siap buat QC check air dgn tangan dulu sejuk atau suam..kalau ok baru dia masuk dlm bath tub dia. (Penakut air sejuk budak ni smp skang)
6.Salam sambil cium tangan pun da pandai....
7.Flying kiss...ni mak pengasuh dia ajar...hihii...
8. Pandai nk sayang sayang...suh sayang je dia kiss pipi or mulut...

Alhamdulillah good improvement walau tak sebanyak mana. Mummy dan papa sayang dia...Minggu depan nk masuk 1 tahun 3 bulan. Moga menjadi anak yg cerdik dan mendengar kata ok.

Sunday, January 8, 2012

Mini akuarium application dalam hp ku

Tajuk entry yang panjang kali ini berkaitan app baru dalam hp Nokia E71 yang di hadiahkan oleh suamiku masa tahun 2009 kalau tidak silap. Semalam aku g leisure ngan Myiesha, Fashya+Husna, Kak Nani+Kasih dan Afni+dani pergi main air dekat Starhill Resort. Memang seronok melayan anak, masuk-masuk je dah ternampak slide dan cendawan pancuran. Wahhh terus rasa tak sabar, tukar swimming suit anak, ambil-ambil garbar barang 2 3 snap terus masuk hp dalam poket seluar mandi aku tue...

Sampai tepi pool, terus cecah-cecah kaki dalam air, ngesot sikit-sikit masuk dalam air dan walla dah tenggelam sampai pinggang. Myiesha pun teruja dan seronok dapat rendam lagi la aku suke dan bawa dia lagi ke tengah pool...Seronok, dah la tak ramai orang sangat best nak mandi sakan. Sekali terasa ada benda kt seluar dan terus rasa panik yang sangat-sangat. Owhh my...my handphone!!!!!!....terus keluarkan dan tengok ada application baru ni...free pulak tu. Akuarium mini...wow...mati...basah kuyup berendam, tak tau bole selamat lagi tak, nak bagi CPR pun da lupa sebab panic, terus buka-buka dan jemur. Nasib cuaca terik semalam, dan sampai ke hari masih di jemur. Tak tau la macam mana, hp fashya jenis sama masuk air liur anak pun dan Inalillah, apatah lagi aku punye siap air bergenang di dalam skrin.. Redha aje lah kalau dia dah kojol....

Itulah kisah yang menyayat hati yang berlaku semalam, bak kate orang kalau suke jangan nak seronok-seronok sangat nanti sedih. Kan dah sedih sebab hp masuk air, tapi mandi tetap mandi. takdelah nk meratap kat hp tu lama-lama.hmmm sedih juga lah....

Henpon ke tiga aku dalam hidup, sebab aku bukan lah jenis yang suke tukar-tukar handphone. Sedih harap dapat di selamatkan lagi lah...

Monday, January 2, 2012

Perempuan tak wajib pakai tudung

 
Betul perempuan xwajib pakai tudung...yg WAJIB ADALAH TUTUP SELURUH AURAT... aurat ialah apa2 bhgian pd anggota bdn yg tidak boleh dilihat oleh lelaki yg bukan mahram.. kalau pkai tudung tp nmpk jugak rmbut kat dalam(tudung nipis bayang) haram jgk...kalau pkai tudung tp rambut keluar(jambul) haram jgk..
pakai tudung tp pkai baju lengan pendek,haram jgk...pakai tudung singkat,haram jugak..jd tutuplah aurat..WAJIB..faham molek..
 suke dengan cara Ustaz Azhar Idrus bg jawapan, sangat interaktif, budak mude2 mmg suke klau mcm ni, xde la serius nk marah2 org je...pendekatan yang dia bawa sgt berkesan dan menusuk ke hati...hihii renung-renungkan selamat beramal. Moga aku pun dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. InsyaAllah aminn 
lagi satu jawapan yang ini:- suke~~~~
"Kenapa wanita suka berbelanja..isteri saya janji, sekali ni je-sekali ni je,tp beli jgk"....=)
 
; wanita mcm bdk2...suke membeli..contohnye bdk2,pantang tgk mainan terus je nk,padahal mainan dh byk kt umah...mcm juga wanita, padahal baju,kasut byk dlm almari yg xpkai lg..nk beli lg..wanita mmg suke tgk benda yg cantik.. memang tugas
suami cari duit, isteri habiskan duit..kalau bukan isteri yg habiskan duit, siapa lg...kalau bkn isteri,siapa lg yg nk beli periuk,kuali,dll...suami jgn marah..isteri besar jasanya..tlg beranakkan anak, jaga anak2, tlg basuh bju kite,tlg msak,kemaskan umah,dll...
 en suami jangan marah ek, tak boleh nk elak tau hihiii...