Skrang ni otw ke 38weeks...so semakin xsabar rasenye...n sentiasa berhati2 untuk tau ape dia tanda-tanda nk bersalin..kang maunye bt dunno jek...tetibe terkluar plk si kecik ni...huuhhuu..(penah ke jadi gitu)....so setiap sign sentiasa dalam pemerhatian....takut gak...en hubby keje jauh...1 jam perjalanan ke rumah klau jln ok...klau jam, ada eksiden bagai mau 2..3 jam br smp uma...xpasal terbesalin sorang2 depan pintu pagar....uishhh minta di jauhkan...moga dipermudahkan dan dipercepatkan la masa proses tu nt...yg panting baby sihat...
Kat bawah ni ada la TANDA-TANDA BERSALIN yang di jumpai oleh en google, so bole lah di jadikan panduan...walaupun sedikit...uhuuu...
Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.--- (memang da rase pun skang ni)
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing ---( start 37weeks makin menjadi2 jd penunggu toilet)
- sakit perut, memulas ---(kadang2 jek)
- kerap buang air besar--- (mmg skang asik nk membuang)
- kerap terkentut---- (bukan ni normal ke) huhuu
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.--(klau cm putih2 pekat tu ada la...yg tu ke)
- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital----.(ni blum...maknenye lom buka la kan..sempat g blk kg ni)
Sakit belakang
- Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.---(mmg sakit tulang ni...nk baring n tdo da mcm ape dah..mcm2 gaye)
- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.---- (baik)
- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.---(ha bole la urut belakang dgn kuat...hr tu dah suh bt kuat2 en hubby takut...bt lembut2 mana la rase...)
Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.---(belum, klau tak mst da cuak)
{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.---
(ni bole tau bile doc da seluk2 la kan...eeeiii sakit la)
Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel
"Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"
Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )---( sape yg nk salin dlm keta)
- keluar air ketuban.----( ok akan aware)
- pergerakan bayi menjadi kurang kerap.----(ssh nk kate...bila da mlm dia aktip balik)
- keluar darah dari vagina.
- apa saja masalah yang dialami.
ok akan aware dgn sign2 tersebut.....Ya Allah permudahkan la urusan ku semasa melahirkan kandungan ku nanti..moga aku dan anakku selamat dan sentiasa di bawah lindungan Mu....Aminnn